Persepsi komuniti kampus terhadap inisiatif dan amalan kelestarian di Universiti Sains Malaysia

Mohd Fairus Abu Bakar, and Nadhrah A Kadir, (2021) Persepsi komuniti kampus terhadap inisiatif dan amalan kelestarian di Universiti Sains Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (1). pp. 227-237. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
582kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1376

Abstract

Pembangunan lestari merupakan asas yang penting dalam dalam memastikan kesejahteraan hidup masyarakat yang holistik dan situasi ini bukan sahaja boleh dilaksanakan di sesebuah bandar namun ia juga harus dipraktikkan di sesebuah kampus universiti. Dalam konteks ini, kampus universiti juga dianggap sebagai “bandar kecil” yang mana membentuk satu komuniti yang menjalankan aktiviti harian. Tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk memahami persepsi komuniti kampus terhadap inisiatif dan amalan kelestarian yang dilaksanakan di Universiti Sains Malaysia (USM). Ini kerana belum ada kajian yang bertujuan untuk melihat sejauh mana penglibatan dan penghayatan amalan kelestarian di kampus USM. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temubual bersama 20 orang responden yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Data di analisis secara tematik dan hasil kajian ini menunjukkan bahawa komuniti USM beranggapan bahawa kelestarian adalah sangat penting dan secara umumnya mereka sangat mengambil berat tentang kelestarian serta turut terlibat dalam inisiatif dan aktiviti kelestarian di kampus. Kajian ini merumuskan bahawa penting untuk memahami persepsi dan amalan tentang kelestarian kampus terutamanya untuk mereka yang bertanggungjawab terhadap isu kelestarian di USM.

Item Type:Article
Keywords:Amalan lestari; Inisiatif kelestarian; Kampus lestari; Kelestarian; Persepsi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:16447
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Apr 2021 01:06
Last Modified:22 Apr 2021 06:29

Repository Staff Only: item control page