Cabaran dan isu yang dihadapi dalam pelaksanaan Program Sekolah Lestari di Malaysia

Komathy Letchumanan, and Rosniza Aznie Che Rose, (2021) Cabaran dan isu yang dihadapi dalam pelaksanaan Program Sekolah Lestari di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (1). pp. 238-254. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
834kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1376

Abstract

Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLASS) merupakan satu idea yang dibentuk bagi membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Program ini merupakan program anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mendapat kerjasama teknikal daripada Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Justeru itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti cabaran dan isu yang dihadapi oleh pihak sekolah semasa pelaksanaan Program Sekolah Lestari ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu teknik temubual bersemuka untuk mengumpul data. Teknik persampelan bertujuan digunakan terhadap sembilan orang guru yang merupakan penyelaras program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) di sekolah telah ditemubual menggunakan temubual bersemuka melalui panggilan video untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan cabaran dan isu yang dikenalpasti dalam pelaksanaan program Sekolah Lestari. Dapatan kajian menunjukkan antara cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program SLAAS adalah: dari segi pengurusan program, kerjasama antara warga sekolah, kekangan masa, kekangan kewangan, dan sokongan ibu bapa serta bantuan agensi luar. Selain itu, terdapat juga beberapa isu yang telah dikenalpasti semasa temubual. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dan isu dinyatakan dalam pelaksanaan Sekolah Lestari, namun penerusan program Sekolah Lestari ini akan bakal melahirkan warga sekolah yang peka dan prihatin dengan isu alam sekitar dan akan meningkatkan tahap kesedaran mereka.

Item Type:Article
Keywords:Cabaran; Kekangan masa dan wang; Kerjasama warga sekolah; Pengurusan program; Sokongan ibu bapa; Sekolah lestari (SLAAS)
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:16448
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Apr 2021 01:11
Last Modified:22 Apr 2021 06:31

Repository Staff Only: item control page