Pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Geografi

Chong, Oi Min and Mohammad Tahir Mapa, (2021) Pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Geografi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (1). pp. 268-282. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
946kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1376

Abstract

Kurikulum Geografi memainkan peranan penting untuk melahirkan pelajar yang dinamik dalam semua aspek fizikal dan alam sekitar. Pendidikan Geografi bertujuan melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan menerapkan nilai menghargai alam sekitar. Oleh itu, kurikulum topik kitar semula dalam mata pelajaran Geografi harus digabungkan bersama dengan teknik pengajaran supaya pengajaran seseorang guru lebih menyeronokkan. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah satu kaedah perbincangan kumpulan yang membolehkan pelajar berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah sisa pepejal di sekolah. Fasa pelaksanaannya sistematik dan pengetahuan yang diperoleh dapat menyedarkan pelajar cara mengamal kitar semula. Kajian berbentuk kualitatif dengan pemerhatian dan temu bual serta analisis dokumen digunakan untuk mengkaji secara mendalam tentang keberkesanan penggunaan teknik PBP mengikut fasa pelaksanaan model Reiser dan Dick dalam mata pelajaran Geografi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah PBP dapat mengubah sikap dan tingkah laku pelajar semasa pembelajaran. Masalah disiplin berkurangan dan prestasi mata pelajaran Geografi telah meningkat. Pelajar berminat dan seronok belajar bersama dengan rakan kumpulan menyebabkan kesedaran dalam pengasingan sisa pepejal juga meningkat. Kesannya jumlah sisa pepejal di sekolah menurun dan amalan kitar semula dapat dipupuk. Perubahan sikap pelajar seterusnya dapat melahirkan sekolah yang sifar sampah pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Amalan kitar semula; Geografi; Kurikulum; Model Reiser dan Dick; Pembelajaran berasaskan projek; Teknik pengajaran
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:16450
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Apr 2021 01:20
Last Modified:22 Apr 2021 06:38

Repository Staff Only: item control page