Susunan tempat tinggal dan kepuasan hidup warga emas: satu kajian kes di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

Norisma Aiza Ismail, (2020) Susunan tempat tinggal dan kepuasan hidup warga emas: satu kajian kes di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia. AKADEMIKA, 90 (2). pp. 39-50. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
369kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1255

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan di antara susunan tempat tinggal dengan kepuasan hidup warga emas. Data dianalisis menggunakan penyelidikan kuantitatif bertajuk Susunan Tempat Tinggal: Implikasi Kepada Kesejahteraan Warga Emas, di bawah pembiayaan Universiti Putra Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa 124 orang warga emas telah berjaya ditemubual. Jenis susunan tempat tinggal warga emas paling ramai di Seri Kembangan adalah tinggal bersama tiga generasi (51.6%), diikuti oleh tinggal bersama dua generasi (32.3%) dan tinggal dalam satu generasi (6.1%). Peratus warga emas wanita yang tinggal bersama tiga generasi adalah lebih tinggi berbdaning lelaki. Sebaliknya peratus warga emas lelaki yang tinggal bersama dua generasi lebih tinggi daripada wanita. Kebanyakan warga emas di sini memperoleh skor kepuasan hidup yang tinggi. Ujian ANOVA menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara susunan tempat tinggal dengan kepuasan hidup warga emas (F=4.055, p=0.02*). Warga emas yang tinggal bersama anak mempunyai tahap kepuasan hidup yang lebih tinggi berbdaning jenis susunan tempat tinggal yang lain. Walau bagaimanapun, Ujian Regresi menunjukkan bahawa susunan tempat tinggal tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan hidup warga emas tetapi disumbangkan oleh faktor kesihatan, tahap pendidikan, bilangan anak dan sokongan sosial (R2 =0.223, p=0.000**). Justeru untuk meningkatkan kepuasan hidup warga emas akan datang, maka usaha ke arah meningatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, pendidikan yang lebih tinggi, galakkan pasangan untuk memiliki anak yang ramai serta sokongan sosial kepada warga emas perlu diberi perhatian sewajarnya.

Item Type:Article
Keywords:Susunan tempat tinggal; Kepuasan hidup; Warga emas; Hubungan; Kesejahteraan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:16457
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Apr 2021 04:19
Last Modified:26 Apr 2021 01:08

Repository Staff Only: item control page