Siti Hajar Che Man, and Nor Atikah Zaki, (2020) Revolusi pendidikan kanak-kanak melalui autobiografi Saya Malala. AKADEMIKA, 90 (2). pp. 63-74. ISSN 0126-5008
|
PDF
311kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1255
Abstract
Selaras dengan matlamat Pendidikan Untuk Semua (EFA), sewajarnya pendidikan adalah hak mutlak pada semua kanak-kanak di dunia. Demikan juga UNICEF merupakan badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi bantuan kemanusiaan dan perkembangan kepada kanak-kanak di seluruh dunia, termasuklah menggalakkan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan memastikan mereka menghabiskan pendidikan peringkat sekolah rendah sekurang-kurangnya. Perjuangan pembangunan pendidikan untuk kanak-kanak ini seringkali melibatkan peranan media dan menjadi isu penting dalam kalangan pentadbir dan ahli politik. Namun, secara tidak sedar sumber-sumber daripada genre kesusasteraan khususnya karya autobiografi mampu memupuk minat malah dapat melestarikan pendidikan untuk kanak-kanak. Golongan ini perlu diterapkan nilai-nilai murni dan komunikasi efektif antara mereka yang boleh didapati menerusi kajian tokoh yang dipersembahkan dalam bentuk karya autobiografi. Justeru itu, makalah ini cuba menghuraikan bagaimana genre autobiografi sebagai cabang kepada kepelbagaian karya sastera dapat menghasilkan satu wahana yang dapat memberi citra baru dalam revolusi pendidikan kanak-kanak. Perbincangan ini akan memperlihatkan bagaimana tokoh pendidikan kanak-kanak dari bandar Mingora, iaitu Malala Yousafzai berjuang untuk kanak-kanak perempuan Pakistan sehingga perjuangannya mendapat pengiktirafan Anugerah Nobel-Keamanan pada tahun 2014. Kisah perjuangannya diabadikan melalui karya autobiografi I Am Malala (Saya Malala). Hakikatnya tulisan perjuangan Saya Malala yang diabadikan dalam karya autobiografi ini menjadi inspirasi kepada bukan saja kepada masyarakat Pakistan tetapi juga kepada pemimpin dunia dalam usaha mengiktiraf pendidikan untuk kanak-kanak.Selaras dengan matlamat Pendidikan Untuk Semua (EFA), sewajarnya pendidikan adalah hak mutlak pada semua kanak-kanak di dunia. Demikan juga UNICEF merupakan badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi bantuan kemanusiaan dan perkembangan kepada kanak-kanak di seluruh dunia, termasuklah menggalakkan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan memastikan mereka menghabiskan pendidikan peringkat sekolah rendah sekurang-kurangnya. Perjuangan pembangunan pendidikan untuk kanak-kanak ini seringkali melibatkan peranan media dan menjadi isu penting dalam kalangan pentadbir dan ahli politik. Namun, secara tidak sedar sumber-sumber daripada genre kesusasteraan khususnya karya autobiografi mampu memupuk minat malah dapat melestarikan pendidikan untuk kanak-kanak. Golongan ini perlu diterapkan nilai-nilai murni dan komunikasi efektif antara mereka yang boleh didapati menerusi kajian tokoh yang dipersembahkan dalam bentuk karya autobiografi. Justeru itu, makalah ini cuba menghuraikan bagaimana genre autobiografi sebagai cabang kepada kepelbagaian karya sastera dapat menghasilkan satu wahana yang dapat memberi citra baru dalam revolusi pendidikan kanak-kanak. Perbincangan ini akan memperlihatkan bagaimana tokoh pendidikan kanak-kanak dari bandar Mingora, iaitu Malala Yousafzai berjuang untuk kanak-kanak perempuan Pakistan sehingga perjuangannya mendapat pengiktirafan Anugerah Nobel-Keamanan pada tahun 2014. Kisah perjuangannya diabadikan melalui karya autobiografi I Am Malala (Saya Malala). Hakikatnya tulisan perjuangan Saya Malala yang diabadikan dalam karya autobiografi ini menjadi inspirasi kepada bukan saja kepada masyarakat Pakistan tetapi juga kepada pemimpin dunia dalam usaha mengiktiraf pendidikan untuk kanak-kanak.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pendidikan; Autobiografi; Kanak-kanak; Kesusasteraan; Masyarakat |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 16459 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 Apr 2021 04:33 |
Last Modified: | 26 Apr 2021 01:15 |
Repository Staff Only: item control page