Wan Haslan Khairuddin, and Abdull Rahman Mahmood, and Indriaty Ismail, (2020) Ilmu Kajian Agama-agama dalam tradisi Islam. AKADEMIKA, 90 (2). pp. 139-148. ISSN 0126-5008
|
PDF
360kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1255
Abstract
Ilmu Kajian Agama-agama atau Ilmu Perbandingan Agama hari ini menjadi tumpuan dan mendapat perhatian sama ada dalam kalangan individu yang berada di lapangan akademik, dakwah atau awam sehingga pelbagai kursus intensif yang berkaitan ditawarkan. Pelbagai agensi sama ada Pertubuhan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organization) yang berorientasikan dakwah menyusun silibus dan kursus untuk melahirkan individu berpengetahuan dalam Ilmu Perbandingan Agama. Artikel ini membincangkan kedudukan Ilmu Kajian Agama-agama dalam tradisi Islam. Isu-isu utama yang menjadi perbincangan artikel ini ialah: [i] Kajian agama-agama menurut al-Quran dan Sunah; [ii] Ilmu Kajian Agama-agama subwacana Ilmu Kalam; dan [iii] Ilmu prasyarat (prerequisite) dalam menekuni Ilmu Kajian Agama-agama. Penulisan artikel ini adalah berdasarkan kajian analisis kandungan. Sumber primer yang menjadi asas dalam penulisan ini ialah karya-karya Ilmu Kalam dan karya-karya para ilmuwan Islam di dalam kajian agama-agama. Kesimpulannya, Ilmu Kajian Agama-agama adalah salah satu daripada dua wacana Ilmu Kalam yang mewacanakan kepercayaan antara penganut agama (intrareligion atau intra-Islam) dengan penamaan seperti al-Firaq al-Islāmiyyah (Aliran-aliran Pemikiran Islam) dan wacana berkaitan kepercayaan antara agama-agama (interreligions) dengan penamaan seperti Muqāranah al-Adyān (Perbandingan Agama-agama). Selain itu, Ilmu Kajian Agama-agama atau secara khusus dialog antara agama bukan bidang amatur yang boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja. Sebaliknya memerlukan kepada individu yang mempunyai tahap pengetahuan akidah yang baik atau secara khusus penamaannya ‘Ilmu Kalam’dengan penguasaan tema, isu dan dalil secara tafṣil (huraian atau satu persatu) kerana lapangan ini berisiko menjerumuskan seseorang kepada kecelaruan, keraguan, kesesatan dan kekufuran. Tuntasnya, Ilmu Kajian Agama-agama atau Ilmu Perbandingan Agama menurut tradisi Islam adalah subwacana kepada Ilmu Kalam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Akidah; Teologi; Kalam; Agama; Dialog |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 16465 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 Apr 2021 05:19 |
Last Modified: | 26 Apr 2021 01:23 |
Repository Staff Only: item control page