Penggunaan teknologi kejuruteraan dalam pendidikan STEM bersepadu

Yusriza Mohamd Yusof, and Afida Ayob, and Mohamad Hanif Md Saad, (2021) Penggunaan teknologi kejuruteraan dalam pendidikan STEM bersepadu. Jurnal Kejuruteraan, 33 (1). pp. 1-11. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-331-2021/

Abstract

Teknologi merupakan salah satu elemen dalam STEM iaitu STEM membawa maksud Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Pendidikan STEM bersepadu pula adalah salah satu kaedah agar pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah pembelajaran. Salah satu pendekatan yang digunakan ialah menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek (PjBL) yang dapat menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Penggunaan teknologi dalam pendekatan STEM bersepadu melalui kaedah pembelajaran berasaskan projek (PjBL) di peringkat sekolah telah diaplikasi di kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Australia. Artikel ini akan mebincangkan tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan STEM bersepadu terutama dalam mata pelajaran kejuruteraan iaitu topik Elektronik bagi murid menengah rendah di Malaysia dan beberapa negara lain iaitu Australia, Jepun dan Amerika Syarikat. Perbandingan ciri penggunaan teknologi dalam pendidikan STEM merujuk kepada topik Elektronik dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT) Tingkatan 2 dan 3, pendidikan STEM peringkat global serta yang sedang digunapakai di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Cadangan teknologi berasaskan kejuruteraan yang sesuai digunakan serta modul pembelajaran yang boleh direkabentuk sesuai dengan kehendak DSKP mata pelajaran RBT dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013-2025) turut dikemukakan supaya modul pembelajaran yang dibangunkan hasil daripada kajian yang dijalankan dapat digunapakai oleh guru dan murid.

Item Type:Article
Keywords:STEM; Teknologi; Reka bentuk teknologi
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:16469
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Apr 2021 06:58
Last Modified:26 Apr 2021 06:22

Repository Staff Only: item control page