Penghasilan asid laktik D daripada hidrolisat sabut kelapa tua dan muda

Nur Nadhirah Muhamad Nor, and Teo, Pui Leng and Nur Akmal Solehah Din, and Nurul Aqilah Mohd Zaini, (2021) Penghasilan asid laktik D daripada hidrolisat sabut kelapa tua dan muda. Sains Malaysiana, 50 (2). pp. 409-418. ISSN 0126-6039

[img] PDF
631kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil2_...

Abstract

Penghasilan asid laktik D semakin mendapat perhatian kerana sifat polimernya, poli asid laktik D, yang termostabil. Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan asid laktik D daripada sisa pertanian yang tidak bernilai tinggi seperti sabut kelapa tua (SKT) dan sabut kelapa muda (SKM) melalui teknologi fermentasi. Peringkat pertama kajian, SKT dan SKM dikenakan pra-rawatan beralkali menggunakan 5% larutan natrium hidroksida pada suhu 121 °C selama 15 minit untuk menyingkirkan komponen lignin dan hemiselulosa. Kemudian, dua kaedah hidrolisis dikaji, iaitu hidrolisis berenzim dengan menggunakan enzim Acellerase 1500 (1, 5 dan 10%, i/i) dan hidrolisis berasid dengan menggunakan asid sulfurik (1, 3 dan 5%, i/i). Keputusan menunjukkan hidrolisis berenzim dengan kepekatan 10% enzim Accellerase 1500 (11.09 mg/mL) lebih cekap menukarkan selulosa kepada gula penurun berbanding hidrolisis berasid (0.87 mg/mL) dalam hidrolisat SKT. Manakala, bagi hidrolisat SKM, 5% enzim Accellerase menghasilkan kepekatan gula penurun yang lebih tinggi berbanding hidrolisis berasid dengan 15.00 dan 1.02 mg/mL. Kadar penukaran gula penurun yang maksimum didapati daripada hidrolisis berenzim SKT dan SKM dengan 55% dan 60%. Pada peringkat kedua, hidrolisat yang mengandungi gula penurun yang tinggi digunakan sebagai sumber karbon untuk penghasilan asid laktik D oleh Lactobacillus coryniformis subsp. torquen melalui proses fermentasi (48 jam, 37 ºC, 150 rpm). Pada akhir proses fermentasi, sebanyak 4.93 g/L penghasilan asid laktik D direkodkan dalam kaldu hidrolisat SKT dan 3.98 g/L asid laktik D terhasil dalam kaldu hidrolisat SKM dengan pH kaldu fermentasi tidak dikawal. Kesimpulannya, selulosa dalam kedua-dua sampel SKT dan SKM boleh diuraikan kepada gula penurun melalui hidrolisis berenzim dan seterusnya berpotensi untuk digunakan sebagai substrat bagi menghasilkan asid laktik D melalui proses fermentasi.

Item Type:Article
Keywords:Asid laktik D; Biojisim sabut kelapa; Hidrolisis berenzim; Hidrolisis berasid; Proses fermentasi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:16499
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Apr 2021 03:17
Last Modified:28 Apr 2021 04:38

Repository Staff Only: item control page