Modern biotechnology: ethical issues, ethical principles and guidelines

Latifah Amin, (2009) Modern biotechnology: ethical issues, ethical principles and guidelines. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara (10). pp. 1-16. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
87kB

Official URL: http://www.ukm.my/jmalim

Abstract

Bioteknologi moden telah menimbulkan kontroversi yang hebat di seluruh dunia. Bantahan utama merupakan kemungkinan kesan buruknya kepada kesihatan manusia, alam sekitar dan status ketidakaslian teknologi DNA rekombinan. Prinsip umum etika adalah menghargai benda-benda hidup dan perlunya terdapat keseimbangan antara faedah dan kesan buruk akibat sebarang campur tangan manusia ke atas alam kehidupan. Keputusan yang berasaskan etika perlu mengambil kira dua jenis pengadilan: fakta (berdasarkan bukti-bukti saintifik dan teori) dan etika (berdasarkan teori-teori falsafah moral yang bersesuaian). Sains cuba memahami apa yang berlaku di dunia ini terutamanya hubungan sebab-akibat yang membentuk kehidupan sementara etika berkaitan dengan apa yang patut kita buat atau sebaliknya. Prinsip-prinsip etika menyediakan garis panduan untuk menilai perlaksanaan sesuatu dasar. Penentuan mengenai apa yang sepatutnya dilaksanakan akan dibuat setelah menimbang faedah sesuatu teknologi seperti kejuruteraan genetik berbanding kemungkinan bahayanya. Walau bagaimana pun, sebarang keputusan berasaskan etika yang melibatkan modifikasi genetik telah terbukti amat mencabar kerana melibatkan begitu banyak aspek kehidupan yang merangkumi aspek individu, perubatan, alam sekitar, politik, perniagaan, haiwan, etika saintifik dan juga agama. Dalam kertas ini isu-isu bioteknologi moden, prinsip etika yang bersesuaian dan garis panduan bagaimana menangani isu-isu etika bioteknologi moden akan dibincangkan.

Item Type:Article
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:165
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:30 Nov 2010 01:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:26

Repository Staff Only: item control page