Aktiviti masa senggang dan hubungannya dengan kesejahteraan hidup pelajar universiti

Arnida Anuar, and Mohd Mahzan Awang, and Abdul Razaq Ahmad, (2021) Aktiviti masa senggang dan hubungannya dengan kesejahteraan hidup pelajar universiti. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (1). pp. 16-28. ISSN 1823-884x

[img] PDF
428kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1367

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan hidup pelajar prasiswazah. Seramai 242 orang pelajar prasiswazah dari beberapa buah universiti awam dan swasta di sekitar Lembah telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Pengumpulan data primer dilakukan dengan menggunakan boring soal selidik dan mengaplikasikan teknik persampelan rawak mudah. Bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik, kajian rintis telah dilakukan. Kajian rintis ini melibatkan 30 orang responden dan hasil nilai alfa Cronbach menunjukkan setiap item yang digunakan bagi mengukur konstruk yang dikaji mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi melebihi 0.70. Analisis statistik deskriptif iaitu dalam bentuk frekuensi dan peratus digunakan untuk menganalisis demografi responden manakala statistik inferensi iaitu korelasi Pearson pula digunakan untuk menganalisis hubungan di antara aktiviti masa senggang dengan kesejahteraan hidup pelajar prasiswazah. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti pasif seperti tidur tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesejahteraan pelajar. Manakala bagi aktiviti kekeluargaan, sukan dan rekreasi, ilmiah dan sosial berhubungan secara positif dan signifikan dengan kesejahteraan pelajar dengan kekuatan hubungan pada tahap lemah. Kesimpulannya, aktiviti yang dilakukan oleh pelajar pada masa senggang atau waktu lapang mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesejahteraan hidup pelajar secara menyeluruh. Oleh itu, kajian ini membuktikan bahawa pentingnya waktu senggang dalam kehidupan seharian dan ianya memberikan kefahaman kepada masyarakat khususnya pihak universiti dalam menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan mahasiswa yang merangkumi elemen akademik dan bukan akademik demi kesejahteraan hidup pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Masa senggang; Kesejahteraan hidup; Jenis-jenis aktiviti; Prasiswazah; Universiti
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:16557
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 May 2021 00:48
Last Modified:15 May 2021 13:49

Repository Staff Only: item control page