Masron Mensih, and Fauziah Ibrahim, and Nazirah Hassan, (2021) Hubungan antara motivasi pencapaian, kecerdasan emosi dan ketahanan diri dalam kalangan mahasiswa kerja sosial. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (1). pp. 37-48. ISSN 1823-884x
PDF
434kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1367
Abstract
Motivasi, kecergasan emosi dan ketahanan diri merupakan aspek penting untuk mempersiapkan mahasiswa kerja sosial ke arah profesion yang kompeten. Mereka berhadapan dengan cabaran kerja untuk menyelesaikan isu-isu masyarakat yang pelbagai. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara motivasi pencapaian, kecerdasan emosi dan ketahanan diri dalam kalangan mahasiswa kerja sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan survei secara keratan-lintang. Seramai 124 orang mahasiswa Kerja Sosial di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM telah dipilih sebagai responden kajian. Data yang diperolehi, dianalisis dengan mengunakan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati majoriti mahasiswa kerja sosial di UKM adalah terdiri dari golongan belia berumur 21-23 tahun, berbangsa Melayu (94.4 peratus), memperolehi PNGK antara 3.00 hingga 3.66 (83.1 peratus) dan terdiri daripada kalangan keluarga B40 iaitu berpendapatan isi rumah sekitar RM3860 sebulan (69.4 peratus). Hasil analisis kolerasi Pearson yang dijalankan mendapati terdapat hubungan positif, sederhana dan signifikan antara motivasi pencapaian dengan kecerdasan emosi (r=.481, p<0.01) dan ketahanan diri (r=.229, p<0.05) dalam kalangan mahasiswa kerja sosial. Analisis juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi (r=.674, p<0.01) dengan ketahanan diri dalam kalangan mahasiswa kerja sosial. Hasil kajian memberi implikasi terhadap keperluan mewujudkan program-program yang boleh membantu meningkatkan motivasi, kecerdasan emosi dan ketahanan diri dalam kalangan mahasiswa kerja sosial di UKM.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Motivasi pencapaian; Kecerdasan emosi; Ketahanan diri; Mahasiswa kerja sosial |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 16559 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 May 2021 01:39 |
Last Modified: | 15 May 2021 13:52 |
Repository Staff Only: item control page