Kelestarian persekitaran dan ekonomi dalam kalangan pekebun kecil sawit di Pulau Carey, Selangor

Mohammad Fazli Sahbuiddin, and Abdul Rahman Arif Azhari, and Azan Dzuhri Mohamed, and Mohd Hasdi Muda, and Er, Ah Choy (2021) Kelestarian persekitaran dan ekonomi dalam kalangan pekebun kecil sawit di Pulau Carey, Selangor. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (1). pp. 49-63. ISSN 1823-884x

[img] PDF
485kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1367

Abstract

Industri kelapa sawit Malaysia merupakan sumber import minyak sawit bertapis terpenting kepada pasaran pengeluaran sawit global selepas berjaya mengatasi Indonesia dalam memenangi duti lebih rendah bagi import minyak sawit bertapis tersebut. Industri sawit ini juga adalah eksport pertanian terbesar Malaysia yang merangkumi sebanyak 2.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 4.5 peratus eksport. Sumbangan besar industri sawit ini semestinya menawarkan sumber ekonomi terbesar dari segi peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat Malaysia, khususnya para pekebun kecil dan peladang sawit. Namun, isu pencemaran alam sekitar seperti penggunaan guna tanah secara besar-besaran, penebangan dan pembakaran hutan sehingga berlakunya peningkatan pelepasan karbon dioksida, seterusnya menjejaskan ekosistem manusia dan hidupan lain. Permasalahan ini menjadikan nilai pasaran komoditi sawit tidak menentu dan kebergantungan terhadap hasil sumber sawit semata-mata telah menjejaskan pendapatan pekebun kecil dan peladang sawit. Bagi mengupas isu tersebut, kajian ini mengenalpasti tahap penglibatan pekebun kecil kelapa sawit bagi sektor huluan dan hiliran yang berperanan sebagai sumber alternatif, serta meneliti kesan yang diterima hasil penanaman kelapa sawit ini ke atas ekonomi, sosial, dan persekitaran mereka. Seramai 30 orang pekebun kecil dan komuniti Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey, Selangor ditemubual menggunakan set borang soal-selidik. Analisis Cronbach Alpha dan Realiability digunakan bagi menguji kebolehpercayan dan hasil kajian mendapati Realibility Statistic bagi pembolehubah Tahap Kecenderungan, Tahap Penglibatan dan Impak menunjukkan bahawa ketiga-tiganya memiliki nilai Cronbach Alpha (α) lebih daripada 0.60 dengan nilai pembolehubah ketiga-tiganya adalah 0.859. Manakala, nilai pembolehubah masing-masing iaitu Tahap Kecenderungan (0.885), Tahap Penglibatan (0.889), dan Impak (0.691) telah diperoleh. Penglibatan para pekebun kecil sawit ini membuktikan bahawa mereka berminat dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan kelapa sawit, di samping penjanaan peluang pekerjaan dan perniagaan yang membuahkan hasil pendapatan kepada mereka.

Item Type:Article
Keywords:Penanaman sawit; Kelestarian; Pekebun kecil sawit
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:16560
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 May 2021 03:15
Last Modified:15 May 2021 13:53

Repository Staff Only: item control page