Kesan pinggiran ekosistem sawit ke atas komposisi serangga pada sempadan guna tanah berbeza

Nur-Athirah Abdullah, and Mohamad Haris-Hussain, and Zeti Aktar Ayob, and Dzulhelmi Muhammad Nasir, and Faszly Rahim, (2020) Kesan pinggiran ekosistem sawit ke atas komposisi serangga pada sempadan guna tanah berbeza. Serangga, 25 (2). pp. 63-79. ISSN 1394-5130

[img] PDF
754kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/serangga/issue/view/1296/s...

Abstract

Serangga memainkan peranan yang sangat penting di dalam ekosistem pertanian dan merangkumi pelbagai kumpulan berfungsi. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan arah pergerakan komuniti serangga yang merentasi ekosistem sawit pada sempadan guna tanah berbeza. Kajian ini dijalankan di Ladang Endau-Rompin (LER), Pahang. Enam stesen persampelan ditempatkan di dalam dan pinggir LER. Persampelan dilakukan menggunakan perangkap langgar-jatuh. Sejumlah 4,217 individu serangga terdiri daripada sembilan order merangkumi 81 famili telah diperoleh. Lapan order tersebut terdiri daripada Hymenoptera, Blattodea, Coleoptera, Hemiptera, Diptera, Orthoptera, Dermaptera, Lepidoptera, dan Siphonaptera. Tiga famili paling melimpah adalah Sciaridae (585 individu; 13.87%), Dolichopodidae (517 individu; 12.26%), dan Nitidulidae (382 individu; 9.06%). Ini diikuti dengan Formicidae (346 individu; 8.20%) dan Curculionidae (273 individu; 6.47%). Famili�famili serangga yang lain mempunyai peratus individu yang kurang daripada 5%. Nilai Indeks Kepelbagaian Shannon bagi stesen J42TB adalah paling tinggi dengan nilai sebanyak (H’=3.011) manakala nilai indeks kepelbagaian yang paling rendah adalah stesen J20TB dengan nilai sebanyak (H’=2.028). Terdapat perbezaan yang nyata (t=-25.47, p < 0.05) di antara kepelbagaian serangga di setiap lokasi persampelan. Kesan pinggir tarikan dapat dilihat dengan jelas di dalam LER. Dendogram dari analisis pengelompokan dua hala menunjukkan komuniti serangga di ladang Endau-Rompin terpisah kepada dua kumpulan yang hadir pada arah yang berbeza iaitu utara, selatan, timur, dan barat. Ujian khi kuasa dua menunjukkan komuniti serangga yang hadir dari setiap arah (utara, selatan, timur, barat) adalah berbeza (χ2= 370.259, p < 0.05).

Item Type:Article
Keywords:Kelimpahan populasi serangga; Arthropoda; Kesan pinggir tarikan; Kelapa sawit
Journal:Serangga
ID Code:16589
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 May 2021 03:28
Last Modified:21 May 2021 04:29

Repository Staff Only: item control page