Penggunaan kaedah penyebaran-auto separa lapangan dan simulasi lapangan terhadap vektor demam denggi Aedes aegypti (Linnaeus) (Diptera: Culicidae)

Ahmad Mohiddin Mohd Ngesom, and Wan Norkamila Wan Hanif, and Asmalia Md Lasim, and Mazrura Sahani, and Rozita Hod, and Hidayatulfathi Othman, (2020) Penggunaan kaedah penyebaran-auto separa lapangan dan simulasi lapangan terhadap vektor demam denggi Aedes aegypti (Linnaeus) (Diptera: Culicidae). Serangga, 25 (3). pp. 12-34. ISSN 1394-5130

[img] PDF
777kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/serangga/issue/view/1363/s...

Abstract

Demam denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk yang menunjukkan kesan signifikan terhadap manusia serta meningkatkan kebimbangan kesihatan awam. Namun begitu, kawalan vektor sedia ada belum mampu mengurangkan jangkitan denggi, menunjukkan kaedah yang digunakan masih tidak mencukupi dan perlu dinilai semula. Penyebaran-auto dengan pyriproxyfen merupakan satu kaedah novel yang memanipulasi nyamuk untuk menyebarkan pyriproxyfen ke bekas pembiakan. Kaedah ini bergantung sepenuhnya kepada kelakuan langkau oviposisi nyamuk Aedes spp. semasa ingin bertelur. Kajian ini dijalankan untuk menguji potensi Mosquito Home System (MHS) dan formulasi Mosquito Home Aqua (MHAQ) sebagai stesen penyebaran-auto dalam keadaan separa-lapangan. Selain itu, impak penggunaan terhadap populasi nyamuk di lapangan turut diakses. Ujian separa lapangan telah dijalankan dalam bilik berdasarkan kepada konsep kebuk peet grady yang disimulasikan sebagai aparment bertingkat di Kuala Lumpur menggunakan sangkar besar. Ujian menunjukkan kecenderungan nyamuk Ae. aegypti liar bertelur dibekas tersembunyi (69.88%) berbanding bekas terbuka (30.12%). Tiada perbezaan yang signifikan di antara pyriproxyfen dan air seduhan rumput kering menunjukkan kebolehan menarik nyamuk ke dalam stesen. Penggunaan pyriproxyfen pada 20 dan 40 ppm menunjukkan kesan residu yang setara sehingga 90 hari berbanding 0.5 dan 1 ppm. Dalam simulasi lapangan, dua penetapan lokasi kawalan dan rawatan telah ditentukan. Kaedah percubaan kawalan rawak dijalankan dengan memasang stesen penyebaran-auto di lokasi kajian dan populasi nyamuk seterusnya dipantau. Ujian dengan kepekatan 40 ppm menunjukkan penurunan dalam populasi nyamuk dan kematian larva dari sampel air yang diambil dari lokasi kajian. Selain itu, aktiviti perpindahan pyriproxyfen secara horizontal di separa lapangan dan simulasi lapangan diakses menggunakan bioasai larva WHO. Keputusan membuktikan kebolehan pyriproxyfen dipindahkan ke kawasan pembiakan baru di lokasi kajian. Kajian ini telah membuktikan potensi MHS sebagai alat penyebaran-auto yang berupaya menarik perhatian nyamuk dan seterusnya memindahkan insektisid ke bekas pembiakan yang lain. Kajian MHS pada skala yang lebih besar adalah diperlukan sebelum boleh dipertimbangkan sebagai alternatif dalam program kawalan vektor.

Item Type:Article
Keywords:Kawalan penyakit bawaan vektor; Penyebaran-auto; Pemindahan horizontal; Perencatan emergen; Pyriproxyfen
Journal:Serangga
ID Code:16597
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2021 00:11
Last Modified:24 May 2021 03:14

Repository Staff Only: item control page