Perancangan kewangan ke arah perkahwinan dalam kalangan belia

Nur Muzdalifah Zulkarnain, and Zaimah Ramli, (2020) Perancangan kewangan ke arah perkahwinan dalam kalangan belia. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (2). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img] PDF
424kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/14

Abstract

Kewangan merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Semua orang perlu merancang kewangan masing-masing tidak kira kaya atau miskin. Hal berkaitan kewangan bukan hanya memberi kepuasan terhadap kewangan, tetapi turut memberi kepuasan dalam perkahwinan dan kualiti hidup keseluruhannya. Namun, keadaan ekonomi yang kian mencabar dan kehendak mengimpikan perkahwinan mewah merupakan cabaran yang dihadapi oleh pasangan yang menuju ke arah perkahwinan pada masa kini. Kajian lepas menunjukkan terdapat individu yang baharu dua tahun berkahwin telah merasa tidak puashati dengan perkahwinan mereka. Masalah kewangan merupakan antara punca utama kepada konflik dalam perkahwinan. Oleh itu, objektif kajian adalah mengukur tahap perancangan kewangan belia ke arah perkahwinan dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi tahap perancangan berkenaan. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui kaedah menggunakan borang soal selidik. Teknik persampelan bertujuan akan digunakan bagi pengutipan data. Sasaran sampel adalah 85 orang belia (berumur 18 hingga 40 tahun) dan belum berkahwin. Statistik deskriptif akan digunakan bagi menjawab objektif kajian. Jangkaan hasil kajian ialah sebahagian besar belia mempunyai simpanan khusus untuk berkahwin. Faktor yang mempengaruhinya adalah elemen perkhidmatan yang menjadi pilihan utama belia dalam majlis perkahwinan, seperti pakej katering, kad kahwin dan sebagainya. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu belia untuk lebih bijak merancang perbelanjaan untuk berkahwin pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Perancangan kewangan; Simpanan; Perbelanjaan; Perkahwinan; Belia
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16609
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2021 06:35
Last Modified:24 May 2021 07:49

Repository Staff Only: item control page