Sikap pelajar aliran perdana terhadap pelajar berkeperluan khas

Nur Adillah Md Abdul Hamid, and Suziyani Mohamed, (2020) Sikap pelajar aliran perdana terhadap pelajar berkeperluan khas. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (2). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img] PDF
397kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/14

Abstract

Setiap pelajar perlu mempunyai kualiti disiplin ilmu yang relevan, akhlak dan penetapan minda yang sesuai, tingkah laku dan beradab untuk memajukan diri bagi membolehkan mereka memberikan sumbangan kepada keharmonian dan kemajuan keluarga, masyarakat, negara dan komuniti global. Oleh itu, sikap dan persepsi terhadap rakan sebaya mempunyai kebergantungan yang tinggi dalam penglibatan sosial terutamanya terhadap pelajar berkeperluan khas. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap positif dan sikap negatif pelajar aliran perdana terhadap pelajar berkeperluan khas. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti persepsi pelajar aliran perdana terhadap pelajar berkeperluan khas. Kajian berbentuk tinjauan dijalankan dan sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar aliran perdana iaitu pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4. Pengumpulan data dibuat melalui borang soal selidik yang mempunyai 25 item menggunakan pengukuran berskala likert.

Item Type:Article
Keywords:Sikap; Persepsi; Pelajar aliran perdana; Pelajar berkeperluan khas; Persekitaran pendidikan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16611
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2021 06:44
Last Modified:24 May 2021 07:53

Repository Staff Only: item control page