Nur Shyahirah Mahpis, and Noremy Md Akhir, (2020) Hubungan sokongan sosial terhadap kemurungan dalam kalangan pelajar. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (2). pp. 1-10. ISSN 2600-9501
PDF
386kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/14
Abstract
Pelajar dalam kalangan remaja merupakan golongan yang akan mewarisi dan memimpin negara kita pada masa akan datang. Golongan ini merupakan harapan dan aset negara untuk mengekalkan kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi, sosial dan politik negara. Namun, sejak kebelakangan ini timbul pelbagai masalah kemurungan dalam kalangan pelajar khususnya remaja. Kesukaran untuk menjalinkan hubungan sosial akan menyebabkan pelajar merasakan mereka tidak layak diterima masyarakat dan akan berasa bersalah dalam apa sahaja tindakan yang dilakukan. Ia merupakan simptom individu yang mengalami kemurungan. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur tahap kemurungan pelajar tingkatan enam dan tahap sokongan sosial. Selain itu, mengukur hubungan antara sokongan sosial dan kemurungan dalam kalangan pelajar. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik iaitu Perceived Social Support Scale (PSS) dan Beck Depression Inventory (BDI). Disamping itu, kajian yang dijalankan adalah kajian diskriptif yang berbentuk tinjauan ke atas 127 orang pelajar di Kolej Tingkatan Enam Pontian, Johor. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati sokongan sosial mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemurungan terhadap responden. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan golongan pelajar dan seterusnya mengurangkan masalah kemurungan dalam kalangan pelajar. Hasil kajian menunjukkan pentingnya sokongan sosial keluarga, rakan-rakan dan guru ditingkatkan. Ini akan membantu golongan pelajar sejahtera dari emosi dan psikologikal mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pelajar; Sokongan sosial; Kemurungan; Sokongan emosi; Kajian kuantitatif |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 16614 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 May 2021 06:57 |
Last Modified: | 24 May 2021 08:00 |
Repository Staff Only: item control page