Pemetaan aset dan penglibatan komuniti dalam pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri, Langkawi

Nor Syafawani Nordin, and Habibah Ahmad, (2020) Pemetaan aset dan penglibatan komuniti dalam pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri, Langkawi. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (2). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img] PDF
481kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/14

Abstract

Sektor pelancongan telah mengalami pertumbuhan yang berterusan dan menjadi salah satu sektor ekonomi yang paling berkembang pesat pada masa kini. Aset pelancongan merupakan elemen penting dalam industri pelancongan. Terdapat beberapa elemen aset pelancongan di sesebuah destinasi seperti tarikan, ketersampaian, kemudahan, pakej pelancongan, aktiviti pelancongan dan perkhidmatan sampingan. Kawasan kajian adalah di Kilim Karst Geopark dan Makam Mahsuri yang merupakan salah satu kawasan dalam Daerah Langkawi, Kedah. Makalah ini bertujuan untuk mengenalpasti aset pelancongan yang terdapat di Kilim dan Makam Mahsuri, mengenalpasti tahap penglibatan komuniti dalam pelancongan dan menganalisis impak penglibatan komuniti dalam pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri. Kajian ini menggunakan teknik persampelan bertujuan dan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan borang soal-selidik yang diedarkan kepada 70 orang komuniti Kilim dan Makam Mahsuri mendapati bahawa terdapat kepelbagaian aset di Kilim dan Makam Mahsuri. Hasil kajian juga mendapati tahap penglibatan komuniti dalam pelancongan pada tahap sederhana dan impak yang positif terhadap ekonomi, sosial dan persekitaran. Akhir sekali, sektor pelancongan di Kilim dan Makam Mahsuri memberi kesan positif kepada komuniti setempat seperti meningkatkan pendapatan, komunikasi, kemahiran sekaligus memajukan kawasan tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Aset pelancongan; Penglibatan; Impak; Komuniti; Pulau Langkawi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16617
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2021 07:08
Last Modified:24 May 2021 08:13

Repository Staff Only: item control page