Meneroka kesejahteraan sosial Karen dan Rohingya di Sekolah Pelarian Myanmar di Chow Kit

Divaghar Voothayakumar, and Khadijah Alavi, (2020) Meneroka kesejahteraan sosial Karen dan Rohingya di Sekolah Pelarian Myanmar di Chow Kit. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (2). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img] PDF
277kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/14

Abstract

Pelarian Karen dan Rohingya merupakan satu fenomena yang amat mengerikan dalam sejarah hidup manusia moden yang serba canggih teknologi media masa. Kebencian dan kebengisan kerajaan Myanmar dalam pembunuhan beramai-ramai, penafian kerakyatan, mendera dan merampas segala harta benda masyarakat Karen dan Rohingya. Maka tempat tumpuan untuk mencari perlindungan pelarian beratus ribu masyarakat ini adalah Malaysia. Tujuan utama kajian ini adalah meneroka kesejahteraan sosial dalam kalangan masyarakat Karen dan Rohingya di Malaysia. Kajian lepas amat kurang mengkaji isu kesejahteraan sosial pelarian Karen dan Rohingya terutama adaptasi persekitaran, pendidikan dan keperluan asas. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan kajian kes. Teknik pengumpulan data kajian melalui temubual berstruktur secara bertulis. 10 orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah di Sekolah Pelarian Myanmar Chow Kit, Kuala Lumpur. Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama iaitu pertama keperluan asas masyarakat Karen dan Rohingya kurang kebersihan misalnya tidak memakai baju, tidak gosok gigi, tidak mencuci tangan sebelum makan dan sebagainya. Kedua, daripada aspek pendidikan tidak boleh membaca dan menulis. Ketiga, komuniti Karen dan Rohingya tidak disediakan untuk menjalani kehidupan harian biasa atau persediaan pemulangan ke negara asal mereka. Implikasi kajian ini mencadangkan program intervensi dan outreach untuk menghadapi masa depan kehidupan Karen dan Rohingya lebih terjamin melalui pendidikan keusahawanan dan pendidikan asas kebersihan diri dan persekitaran.

Item Type:Article
Keywords:Pelarian Karen dan Rohingya; Kesejahteraan sosial; Keperluan asas; Pendidikan; Perubatan dan pemeriksaan kesihatan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16620
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2021 07:18
Last Modified:24 May 2021 08:21

Repository Staff Only: item control page