Sistem kerja ergonomik, prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di industri pembuatan Malaysia

Nur Azreen Rahman, and Mohd Nasir Selamat, (2020) Sistem kerja ergonomik, prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di industri pembuatan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (2). pp. 1-10. ISSN 2600-9501

[img] PDF
371kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/14

Abstract

Di Malaysia, sektor pembuatan merupakan antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Namun, beberapa faktor yang boleh menyebabkan prestasi pekerja menurun telah dikenalpasti. Antaranya seperti isu keselamatan di tempat kerja, masalah kesihatan, dan persekitaran ruang kerja. Faktor-faktor ini boleh menjejaskan produktiviti sesebuah organisasi sekiranya tidak diberikan perhatian. Kajian ini mengkaji sistem kerja ergonomik seperti faktor tugas, faktor organisasi dan persekitaran serta hubungannya dengan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kilang-kilang pembuatan di sekitar Johor. Seratus orang responden dari lima buah kilang pembuatan di Johor telah dianalisis melalui edaran soal-selidik. Pembolehubah bebas mengandungi tiga dimensi yang terlibat untuk mengukur faktor tugas, faktor organisasi dan faktor persekitaran sementara pembolehubah bersandar diukur melalui tekanan pekerjaan, kemalangan pekerjaan, ketidakhadiran dan penyakit. Prestasi pekerja menurun disebabkan kemalangan pekerjaan yang juga boleh membawa kepada ketidakhadiran pekerja. Bebanan kerja yang banyak boleh menyebabkan masalah kesihatan khususnya kesihatan mental. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) hendaklah dikuatkuasakan di tempat kerja bagi menjaga prestasi para pekerja. Antara perkara yang disentuh ialah pekerja hendaklah memakai peralatan keselamatan atau pelindung diri semasa bekerja bagi tujuan keselamatan. Selain itu, bebanan tugas perlu diambil kira agar tidak menjejaskan kesihatan pekerja, sekaligus menjaga prestasi produktiviti yang dihasilkan. Penyelidikan masa depan dan batasan kajian turut dibincangkan.

Item Type:Article
Keywords:Prestasi keselamatan; Kesihatan pekerja; Sistem kerja ergonomik; Produktiviti; Sektor pembuatan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16622
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2021 07:26
Last Modified:24 May 2021 08:31

Repository Staff Only: item control page