Norhidahyu Mohd Aris, and Habibah Ahmad, (2020) Mempromosikan pelancongan warisan di Melaka dalam media sosial Tripadvisor. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (2). pp. 1-14. ISSN 2600-9501
PDF
457kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/14
Abstract
Media sosial, terutama pengguna TripAdvisor sering memberikan komentar dan E-Wom tentang pengalaman mereka mengunjungi sesuatu destinasi, termasuk mempromosikan Tapak Warisan Dunia Melaka. Tujuan kajian ini untuk mengetahui promosi yang dilakukan oleh E-Wom terhadap pelancongan warisan di Melaka. Ini kerana berasaskan analisis kandungan ke atas 200 pelancong maya, hasil kajian mendapati bahawa mereka telah menyumbang dalam mempromosikan Tapak Warisan Dunia Melaka dalam beberapa aspek yang mengfokuskan kepada warisan itu sendiri. Para penulis online telah mempromosikan cirian warisan yang terdapat di sepuluh lokasi di Melaka yang mendapat rating tertinggi di laman sosial TripAdvisor. Berdasarkan hasil E-wom daripada pengguna online suatu analisa tema berdasarkan selling place iaitu 4P iaitu product, price, place dan people manakala selling experience iaitu 4E education, esthetic, escapist dan entertainment digunakan bagi mengetahui promosi pelancongan warisan yang diingini oleh para penulis online. Kajian ini juga menyarankan agar komentar pengguna atas talian menjadi mekanisme yang kukuh dalam mempromosikan pelancongan warisan di Melaka ke persada antarabangsa.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | E-wom; 4P; Promosi; Tarikan warisan; TripAdvisor |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 16623 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 May 2021 07:29 |
Last Modified: | 24 May 2021 08:34 |
Repository Staff Only: item control page