Keberhasilan pemulihan dalam komuniti dan faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Nurul Anisah Jaafar, and Nor Azlin Mohd Nordin, and Syed Mohamed Aljunid, (2021) Keberhasilan pemulihan dalam komuniti dan faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 19 (1). pp. 177-185. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
303kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1272

Abstract

Kanak – kanak kurang upaya memerlukan pemulihan yang komprehensif dan berterusan. Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) telah dibina untuk memenuhi keperluan ini dan telah memberi manfaat kepada semua peringkat umur dalam kalangan masyarakat bandar dan luar bandar. Di Malaysia, kerajaan telah membiayai sebahagian besar pemulihan kanak – kanak kurang upaya di PDK. Walau bagaimanapun, setakat ini kajian mengenai keberhasilan PDK untuk kanak – kanak kurang upaya di negara ini amat terhad. Kajian ini bertujuan menentukan keberhasilan program pemulihan serta mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di PDK. Keberhasilan program diukur dari aspek perubahan tahap keupayaan dalam aktiviti harian menggunakan Indeks Barthel selepas 6 bulan menjalani PDK. Faktor berkait yang dikaji ialah umur, skor asas Indeks Barthel, kekerapan kehadiran ke sesi terapi dan bilangan terapi yang diterima. Data dianalisis menggunakan ujian t berpasangan, ujian Wilcoxon signed ranks dan ujian korelasi Spearman. Sejumlah 220 orang kanak – kanak kurang upaya berumur dari 4 hingga 18 tahun dan 220 penjaga daripada 29 pusat PDK di Pahang, Terengganu dan Kelantan telah menyertai kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan kecil dalam Indeks Barthel, min perubahan ± SP bersamaan 0.90 ± 4.54 (p=0.003) selepas pemulihan. Tahap kehadiran ke sesi terapi adalah rendah iaitu < 50% menunjukkan kehadiran tiga perempat atau penuh dari keseluruhan sesi terapi yang ditawarkan. Semua faktor yang dikaji didapati tidak mempunyai kaitan dengan perubahan skor Indeks Barthel (p>0.05). Sebagai kesimpulan, keberhasilan pemulihan yang diperolehi melalui PDK amat kecil bagi tempoh latihan yang dijalani. Implementasi program perlu dinilai dan ditambah baik bagi meningkatkan manfaatnya terhadap kanak-kanak kurang upaya.

Item Type:Article
Keywords:Pemulihan; Komuniti; Kanak-kanak kurang upaya
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:16643
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 May 2021 04:46
Last Modified:25 May 2021 03:17

Repository Staff Only: item control page