Faktor peramal penerimaan perkhidmatan e-kerajaan

Syafila Kamarudin, and Siti Zobidah Omar, (2021) Faktor peramal penerimaan perkhidmatan e-kerajaan. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (1). pp. 1-27. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
869kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1387

Abstract

E-kerajaan dibangunkan untuk mengubah cara operasi dalam kerajaan dengan menggunakan sistem penyampaian perkhidmatan dalam talian. Justeru, kajian ini memberi fokus kepada salah satu perkhidmatan e-kerajaan iaitu aplikasi MyEG. Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor peramal yang mempengaruhi penerimaan pengguna terhadap perkhidmatan aplikasi MyEG. Faktor tersebut terdiri daripada empat konstruk utama iaitu pengaruh sosial, jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan suasana dorong. Manakala bagi pemboleh ubah bersandar kajian ialah penerimaan aplikasi MyEG. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik digunakan. Seramai 396 pengguna aplikasi MyEG di sekitar kawasan Lembah Klang dipilih sebagai responden kajian. Kesemua data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22. Teknik persampelan kajian ialah persampelan rawak mudah dan bertujuan. Dua prosedur statistik telah digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil keputusan menunjukkan bahawa tahap penerimaan pengguna terhadap aplikasi MyEG berada pada tahap sederhana. Ujian korelasi Pearson membuktikan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara jangkaan prestasi, jangkaan usaha, suasana dorong dan pengaruh sosial terhadap penerimaan aplikasi MyEG. Aplikasi MyEG diterima oleh pengguna kerana aplikasi ini mementingkan faktor persekitaran dalam penggunaannya. Manakala ujian multi regresi mendapati jangkaan prestasi, suasana dorong, pengaruh sosial dan jangkaan usaha merupakan pemboleh ubah peramal kepada penerimaan aplikasi MyEG. Namun begitu, jangkaan prestasi adalah faktor utama yang menyumbang kepada penerimaan aplikasi MyEG oleh pengguna.

Item Type:Article
Keywords:e-kerajaan; Perkhidmatan dalam talian; Aplikasi; Faktor peramal; Penerimaan
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16645
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 May 2021 00:41
Last Modified:30 May 2021 01:28

Repository Staff Only: item control page