Perkembangan teknologi komunikasi dan sumbangannya kepada pentadbiran British dan masyarakat di Negeri-Negeri Selat 1902-1938

Koh, Kuan Wei and Zubaidah V. P. Hamzah, and Azlizan Mat Enh, (2021) Perkembangan teknologi komunikasi dan sumbangannya kepada pentadbiran British dan masyarakat di Negeri-Negeri Selat 1902-1938. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (1). pp. 107-125. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
703kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1387

Abstract

Sistem komunikasi merupakan elemen penting untuk melicinkan pentadbiran selain menyediakan kemudahan perhubungan kepada masyarakat tempatan. Perkembangan ekonomi dan perubahan sistem pentadbiran British di Negeri-Negeri Selat mendorong pentadbiran British untuk memperkenalkan sistem komunikasi moden di Negeri-Negeri Selat bagi memudahkan urusan penyampaian maklumat. Kebanyakan kajian lepas dalam aspek perhubungan adalah lebih berfokus kepada perkembangan sistem pengangkutan berbanding sistem komunikasi. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti usaha-usaha yang dilakukan oleh British dalam pembangunan teknologi komunikasi di Negeri-Negeri Selat dan sumbangannya kepada pentadbiran dan penduduk tempatan. Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah kaedah kualitatif yang berasaskan metodologi sejarah dengan menjadikan bahan primer sebagai sumber analisis utama. Antara fail yang dirujuk ialah fail kolonial CO273 Colonial Office: Straits Settlements Original Correspondence dan CO275 Colonial Office: Straits Settlements Sessional Papers. Kajian mendapati bahawa pelbagai usaha telah dilakukan oleh British di Negeri-Negeri Selat untuk membangunkan sistem komunikasi yang sempurna dan efisien. Antaranya menaik taraf kemudahan telefon dan telegraf dengan menaik taraf talian-talian sedia ada. Talian-talian telefon dan telegraf juga ditambah di seluruh Negeri-Negeri Selat seterusnya memperluaskan jaringan ke Negeri-Negeri Melayu yang lain. Teknologi tanpa wayar juga diperkenalkan di Singapura dan Pulau Pinang untuk menyediakan teknologi komunikasi moden dan canggih pada era tersebut. Transformasi dalam sistem komunikasi di Negeri-Negeri Selat telah menyumbang kepada kelancaran urusan pentadbiran selain memberi manfaat dalam bidang sosial dan ekonomi.

Item Type:Article
Keywords:Teknologi komunikasi; Pentadbiran British; Negeri-Negeri Selat; Khidmat sosial; Penyampaian maklumat
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16651
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 May 2021 02:06
Last Modified:30 May 2021 01:45

Repository Staff Only: item control page