Pelaporan isu kelapa sawit dalam tajuk akhbar dalam talian: analisis pragmatik

Maslida Yusof, and Nor Hashimah Jalaluddin, and Harishon Radzi, and Karim Harun, (2021) Pelaporan isu kelapa sawit dalam tajuk akhbar dalam talian: analisis pragmatik. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (1). pp. 126-145. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
876kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1387

Abstract

Dalam tempoh satu dekad, penghasilan minyak sawit oleh Malaysia menghadapi cabaran daripada negara-negara kesatuan Eropah. Mereka menuduh yang penghasilan minyak sawit telah menyebabkan ancaman pada alam sekitar, kepupusan orang utan dan eksploitasi buruh. Sebagai balasan akhbar Malaysia telah banyak menulis bagi menangkas dakwaan ini. Kajian ini bertujuan menganalisis tajuk-tajuk berita mengenai minyak sawit yang digunakan dalam akhbar dalam talian berbahasa Melayu dari perspektif pragmatik. Analisis pragmatik yang difokuskan dalam kajian ini ialah jenis-jenis lakuan tutur yang digunakan sebagai tajuk berita. Berita tentang isu-isu kelapa sawit yang dilaporkan dalam akhbar dalam talian dipilih dari tahun 2017 sehingga 2020. Data diperoleh daripada tiga akhbar dalam talian iaitu Malaysiakini (malaysiakini.com), Berita Harian (bharian.com.my) dan Harian Metro (hmetro.com.my). Sebanyak 70 data tentang isu kelapa sawit telah dikumpulkan secara rawak dan dianalisis menggunakan Taksonomi Lakuan Tutur Searle (1979). Hasil kajian menunjukkan bahawa penulis tajuk berita menggunakan empat jenis lakuan tutur iaitu asertif, direktif, komisif dan ekspresif sebagai cara untuk melaksanakan maksud yang dihajatkan dan menyampaikan mesej kepada pembaca mengenai isu industri sawit Malaysia. Jelasnya, daripada empat jenis lakuan yang digunakan di atas, akuan asertif yang paling kerap digunakan sebagai tajuk berita. Ini memenuhi ciri asertif dalam pelaporan berita atau penyebaran maklumat mengenai minyak sawit kepada pembaca.

Item Type:Article
Keywords:Pragmatik; Tajuk berita; Kelapa sawit; Akhbar dalam talian; Performatif
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16652
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 May 2021 02:10
Last Modified:30 May 2021 01:47

Repository Staff Only: item control page