Keterampilan peribadi pelajar sebagai satu bentuk kemahiran komunikasi dan kepentingannya dalam pasaran dunia pekerjaan

Noor Afzaliza Nazira Ibrahim, and Maizatul Haizan Mahbob, (2021) Keterampilan peribadi pelajar sebagai satu bentuk kemahiran komunikasi dan kepentingannya dalam pasaran dunia pekerjaan. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (1). pp. 209-226. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
722kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1387

Abstract

Artikel ini membincangkan keterampilan peribadi pelajar sebagai satu bentuk kemahiran komunikasi dan kepentingannya dalam pasaran dunia pekerjaan. Kemahiran komunikasi telah dikenal pasti sebagai satu elemen yang membantu graduan dalam mempertingkatkan kualiti keperibadian mereka. Manusia berkomunikasi kerana ingin mempengaruhi pemahaman orang lain, sikap dan juga tindakan pihak lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu. Selain itu, komunikasi juga merupakan proses dua hala yang mana kedua-dua belah pihak harus memberi respons terhadap sesuatu maklumat yang disampaikan. Justeru kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menganalisis kemahiran komunikasi bukan lisan serta tahap keterampilan peribadi pelajar di UPM dan UMS. Data yang diperoleh menerusi kaedah survei dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan analisis deskriptif min, korelasi dan regresi. Hasil dapatan menunjukkan kesedaran pelajar terhadap kemahiran komunikasi bukan lisan berada pada tahap tinggi. Begitu juga dengan keterampilan peribadi mereka, berada pada tahap tinggi. Sementara analisis regresi mendapati, kemahiran komunikasi bukan lisan memberi sumbangan varians ke atas keterampilan peribadi sebanyak 36.9 peratus. Dengan adanya keterampilan yang baik, pelajar dapat meningkatkan kemahiran diri masing-masing. Konsep keterampilan diri meliputi tiga elemen utama iaitu keterampilan komunikasi, kemahiran kepimpinan dan juga keterampilan bekerja dalam kumpulan. Graduan yang memiliki ketiga-tiga elemen ini akan memudahkan mereka membina keperibadian diri yang baik seterusnya membantu mereka membawa diri dalam dunia pekerjaan.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran komunikasi; Keterampilan peribadi; Konsep keterampilan; Kepentingan keterampilan; Teras keterampilan
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16656
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 May 2021 02:26
Last Modified:30 May 2021 01:55

Repository Staff Only: item control page