Potensi infografik dalam menangani persepsi negatif netizen terhadap institusi zakat di Malaysia

Aliff Nawi, and Mohd Zailani Mohd Yusoff, and Chua, Chy Ren and Sahidah, Ahmad (2021) Potensi infografik dalam menangani persepsi negatif netizen terhadap institusi zakat di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (1). pp. 274-294. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1387

Abstract

Di Malaysia, antara perkara yang sering menjadi viral atau perbualan netizan adalah berkaitan dengan pelbagai ketidakpuasan masyarakat terhadap institusi zakat. Ketidakpuasan masyarakat ini merangkumi tahap kepuasan agihan, kualiti perkhidmatan, sikap pengguna dan kepercayaan terhadap institusi zakat. Oleh yang demikian, tujuan artikel ini adalah untuk meneroka potensi penggunaan infografik sebagai medium penyampai maklumat yang efektif dalam menjawab persoalan, menangani isu dan masalah yang dilontarkan oleh netizen. Kajian ini dijalankan secara kualitatif melalui pemerhatian terhadap media sosial dan laman sesawang institusi-institusi zakat di Malaysia dalam memaparkan maklumat tentang usaha dan inisiatif mereka dalam membasmi kemiskinan. Selain itu, analisis kandungan juga dilakukan dengan menggunakan kaedah PRISMA untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan infografik dalam menyampaikan maklumat. Hasil dapatan pemerhatian menunjukkan bahawa penglibatan institusi zakat dalam media sosial berada di peringkat awal dan belum digunakan secara maksimum. Dapatan analisis kandungan pula menunjukkan bahawa penggunaan infografik berkesan dari aspek penyampaian maklumat terutamanya melibatkan maklumat yang banyak dan kompleks serta membantu semua lapisan masyarakat dalam mengingati fakta. Pemilihan kombinasi warna dalam infografik turut berperanan dalam menarik perhatian pengguna dan memaparkan maklumat yang pelbagai. Terdapat beberapa cadangan turut dibincangkan untuk menggunakan infografik sebagai medium penyampai maklumat yang efektif dalam menangani isu dan tanggapan negatif dari netizen.

Item Type:Article
Keywords:Infografik; Netizen; Institusi; Zakat; Malaysia
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16660
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 May 2021 02:59
Last Modified:30 May 2021 02:22

Repository Staff Only: item control page