Izra Inna Md Idris, and Mohamad Saleeh Rahamad, and Md Azalanshah Md Syed, (2021) Perbincangan orientalisme melalui analisis semiotika dalam animasi. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (1). pp. 295-313. ISSN 0128-1496
|
PDF
941kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1387
Abstract
Kajian ini menyingkap, menginterpretasi dan memahami pengaruh orientalis dalam siri animasi Saladin: The Animated Series melalui analisis semiotik Roland Barthes. Elemen semiotik ini dapat dilihat dalam kerangka semiotik daripada Barthes dengan memecahkan tanda kepada dua komponen, iaitu signifier dan signified. Sistem tanda ini digunakan untuk melihat pemaparan simbol melalui bingkai atau frame dalam animasi ini. Analisis kajian ini meneliti perubahan siri animasi ini daripada tajuk, poster, penggunaan bahasa, yang menghasilkan wacana orientalisme untuk merendahkan tokoh Islam, Salahuddin al-Ayubi. Dapatan kajian mendapati nama tokoh Islam yang dijadikan tajuk siri animasi ini mengambil nama panggilan orang Barat, Saladin dan bukannya Salahuddin al-Ayubi. Seterusnya, berlaku perubahan dalam pemaparan tokoh Islam dalam poster filem animasi Saladin ke siri animasi Saladin: The Animated Series. Berlaku kekeliruan apabila wajah Saladin, hero siri animasi ini tidak diletakkan di tengah poster. Perubahan pemaparan tokoh Islam dalam setiap poster tersebut menunjukkan berlakunya pengaruh orientalisme. Dari segi penggunaan bahasa pula, kajian ini menganalisis dialog sebagai petanda dan siri animasi ini menunjukkan penerimaan unsur pengaruh luar seperti penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, alih bahasa dalam bahasa Arab dilakukan untuk penonton di Timur Tengah, dan bahasa Melayu hanya diletakkan sebagai subtitle atau sari kata. Hasil penelitian menunjukkan bahawa orientalisme mencalarkan identiti tokoh Islam ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Orientalisme; Semiotik; Sistem tanda; Penanda (signifier); Petanda (signified) |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 16661 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 27 May 2021 03:02 |
Last Modified: | 30 May 2021 02:25 |
Repository Staff Only: item control page