Penggunaan media dalam pengekalan identiti etnik generasi kedua Bawean di Malaysia

Muhamamd Ridhwan Sarifin, and Mohamad Fauzi Sukimi, and Mohd Nor Shahizan Ali, (2021) Penggunaan media dalam pengekalan identiti etnik generasi kedua Bawean di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (1). pp. 348-363. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
884kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1387

Abstract

Identiti merupakan satu perkara yang penting bagi manusia dan sering dibincangkan. Kepentingan identiti ini adalah berkaitan dengan proses-proses identiti iaitu pembentukan, pengekalan dan perubahan. Perdebatan proses ini merangkumi aspek etnik, bahasa, agama, gender, makanan, persekitaran dan lokalisme. Pada masa kini, pengekalan identiti sangat dipengaruhi melalui penggunanaan platform media. Artikel ini bertujuan mengupas platform media yang digunakan oleh generasi kedua Bawean dan membincangkan kesan media ke atas pengekalan identiti. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual mendalam terhadap 13 orang informan dan kajian perpustakaan. Temu bual dianalisis berdasarkan teori pembentukan identiti budaya. Hasil kajian dari temu bual mendapati platform media yang digunakan oleh generasi kedua adalah media elektronik meliputi media sosial dan media penyiaran seperti radio dan televisyen. Media elektronik digunakan sebagai strategi pengekalan identiti. Media cetak seperti majalah merupakan sebahagian koleksi yang disimpan untuk pembelajaran mengenai identiti. Kesan penggunaan media mempengaruhi pembentukan budaya identiti generasi kedua Bawean ke atas ciri fizikal, personaliti, kemahiran, proses psikologikal, hak dan tanggungjawab mereka. Platform media ini secara langsung memberi peneguhan dan pengekalan identiti etnik mereka. Pengekalan identiti etnik masyarakat Bawean dilestarikan apabila setiap generasi mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk menonjolkan identiti etnik mereka melalui penggunaan media.

Item Type:Article
Keywords:Platform media; Identiti etnik; Generasi kedua; Orang Bawean; Malaysia
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16664
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 May 2021 04:30
Last Modified:30 May 2021 02:33

Repository Staff Only: item control page