Komunikasi bahasa sindiran dalam seloka Pak Pandir dan Pak Kaduk

Nordiana Ab Jabar, and Mohd Faradi Mohamed Ghazali, (2021) Komunikasi bahasa sindiran dalam seloka Pak Pandir dan Pak Kaduk. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (1). pp. 364-378. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
688kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1387

Abstract

Karya kreatif puisi tradisional Melayu merupakan rakaman kisah hidup yang penuh dengan teladan. Puisi tradisional Melayu ini berfungsi sebagai alat komunikasi utama yang digunapakai oleh nenek moyang sehingga kini. Antara puisi yang terlibat ialah seloka; fungsi asalnya dicipta untuk memberikan hiburan kepada masyarakat dengan mengangkat ikon tertentu sebagai rujukan. Kajian ini memfokus kepada peranan seloka sebagai alat komunikasi sindirian dan kritikan berkonsepkan pengajaran kepada khayalak. Antara seloka yang digunapakai sebagai rujukan ialah Seloka Pak Kaduk dan Pak Pandir. Kaedah perpustakaan dan penelitian bahan seperti artikel, buku, majalah dan tesis digunakan sebagai landasan kajian ini. Objektif kajian ialah menganalisis proses komunikasi dalam seloka. Selain itu juga kajian ini meneliti kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam berkomunikasi. Teori yang mendasari kajian ini ialah SPEAKING framework oleh Dell Hymes. Teori ini bertujuan untuk melihat jenis sindiran yang terdapat dalam dua seloka tersebut. Hasil kajian mendapati kaedah komunikasi sindiran secara halus lembut merupakan salah satu daripada identiti masyarakat Melayu dalam menyampaikan kritikan dalam kalangan mereka. Seloka ini membawa impak yang baik kepada proses inovasi komunikasi masyarakat Melayu dalam melahirkan negara bangsa yang memiliki tingkah laku sosial yang baik.

Item Type:Article
Keywords:Seloka; Sindiran; Pak Pandir; Pak Kaduk; SPEAKING framework
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16665
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 May 2021 04:33
Last Modified:30 May 2021 02:35

Repository Staff Only: item control page