Keselamatan peribadi di Facebook: ancaman dan penyelesaian

Intan Suria Hamzah, (2021) Keselamatan peribadi di Facebook: ancaman dan penyelesaian. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 37 (1). pp. 379-395. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
720kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1387

Abstract

Di era globalisasi dan kecanggihan teknologi maklumat yang melanda dunia, masyarakat semakin terdedah dengan perubahan semasa dan ancaman jenayah seperti ancaman keselamatan peribadi melalui aplikasi dalam talian seperti Facebook. Justeru, kajian ini membincangkan bentuk-bentuk ancaman keselamatan peribadi melalui Facebook dan penyelesaiannya di Malaysia. Facebook merupakan salah satu medium komunikasi masa kini yang paling popular di Malaysia serta mempunyai jutaan pengguna setiap hari sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Ianya bersifat mesra, mudah, cepat serta individu atau masyarakat boleh berkongsi segala aktiviti harian dalam bentuk status penulisan, gambar atau video kepada komuniti maya. Kajian ini bertujuan mengetengahkan bentuk-bentuk ancaman keselamatan peribadi yang bermula di Facebook, memberi kesedaran awam kepada masyarakat Malaysia sewaktu menggunakan Facebook dan memberi saranan terhadap langkah penyelesaian sebelum atau selepas berlaku penipuan di melalui media sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bagi mendapatkan data dan maklumat iaitu melalui Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati Facebook membantu manusia untuk berhubung, berniaga dan berkomunikasi. Namun begitu, ianya turut mempunyai kesan langsung terhadap keselamatan peribadi bagi individu, masyarakat mahupun organisasi menerusi ancaman jenayah siber, penipuan, kecurian data, eksploitasi dan kebocoran maklumat peribadi, penipuan cinta, fitnah, buli siber, pendorong masalah sosial remaja dan pasangan curang. Kajian ini dapat memberi sumbangan kepada kesedaran masyarakat awam untuk sentiasa berhati-hati semasa menggunakan Facebook, tidak sewenang-wenangnya memberikan butiran peribadi kepada orang yang tidak dikenali serta memberi pendedahan kepada tindakan yang perlu diambil apabila menjadi mangsa penipuan.

Item Type:Article
Keywords:Media sosial; Facebook; Komunikasi; Ancaman; Keselamatan peribadi
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:16666
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 May 2021 04:36
Last Modified:30 May 2021 02:36

Repository Staff Only: item control page