Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti hidup dan sokongan sosial pesakit berinsuran dalam Program Return To Work (RTW) di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sabah

Syahfiq Edul, and Faiz Daud, and Natrah Abd Rani, and Syahidatun Najwa Abu Zahid, (2021) Faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti hidup dan sokongan sosial pesakit berinsuran dalam Program Return To Work (RTW) di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sabah. International Journal of Public Health Research, 11 (1). pp. 1298-1308. ISSN 2232-0245

[img]
Preview
PDF
301kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/ijphr/index.php/ijphr/issue/vie...

Abstract

“Pesakit berinsuran” adalah istilah yang digunapakai PERKESO dalam menjaga kebajikan pekerja yang mengalami kemalangan di tempat kerja. Kajian ini bertujuan melihat kualiti hidup pesakit berinsuran yang menyertai Program RTW dan melihat aspek penerimaan sokongan sosial dari individu terhampir dengan mereka. Kajian keratan rentas ini melibatkan seramai 117 responden. Sampel kajian adalah pesakit berinsuran yang menyertai Program RTW di PERKESO Sabah. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor demografi tahap pendidikan pesakit dengan domain fizikal (t=-2.422, p=0.017), domain perhubungan sosial (t=-2.088, p=0.039), keseluruhan kualiti hidup (t=-2.865, p=0.005). Terdapat perbezaan yang signifikan antara sokongan struktural dengan keseluruhan kualiti hidup (F=4.093, p=0.019), di mana pesakit yang mempunyai sokongan struktural lebih daripada 10 orang mempunyai kualiti hidup yang baik. Analisis korelasi sokongan sosial dan kualiti hidup mendapati terdapat hubungan yang signifikan. Tahap pendidikan pesakit yang tinggi menyebabkan mereka mempunyai kualiti hidup yang lebih baik.Kesimpulannya, kualiti hidup responden adalah berada ditahap yang sederhana. Faktor pendidikan, sokongan struktural serta sokongan sosial menpengaruhi kualiti hidup pesakit dan perlu diberi penekanan untuk memastikan kualiti hidup pesakit mampu dipertingkatkan.

Item Type:Article
Keywords:Quality of life; Social support; Return To Work (RTW)
Journal:International Journal of Public Health Research
ID Code:16673
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jun 2021 02:08
Last Modified:02 Jun 2021 06:17

Repository Staff Only: item control page