Ketirisan skim subsidi baja: punca dan peruntukan perundangan di Malaysia

Asmar Abdul Rahim, and Nurli Yaacob, and Nor Anita Abdullah, and Aida Razak, (2021) Ketirisan skim subsidi baja: punca dan peruntukan perundangan di Malaysia. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 28 . pp. 46-56. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
358kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1378

Abstract

Dalam memastikan sektor pertanian terus berdaya saing, kerajaan telah memperkenalkan skim bantuan subsidi baja kepada petani. Matlamat skim ini adalah untuk membantu meringankan beban petani selain mengoptimumkan hasil pertanian khususnya bagi sektor tanaman padi, getah dan kelapa sawit. Walau bagaimanapun masih wujud ketirisan dalam pemberian skim bantuan baja yang telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada negara. Perbuatan penyelewengan ini merupakan satu jenayah komersial yang perlu dibenteras segera kerana melibatkan isu integriti, rasuah dan pecah amanah. Sehubungan itu, artikel ini membincangkan faktor penyelewengan selain menganalisa peruntukan undang-undang yang berkaitan berhubung isu ketirisan skim bantuan subsidi baja secara deskriptif. Masalah ketirisan ini perlu ditangani dengan segera bagi memastikan skim bantuan subsidi baja dapat disampaikan kepada petani dengan lancar dalam memastikan agihan skim baja dapat diuruskan secara telus mengikut lunas perundangan dan seterusnya memberi manfaat kepada petani dalam mencapai pulangan yang lebih lumayan.

Item Type:Article
Keywords:Subsidi baja; Ketirisan; Undang-undang; Pertanian
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:16686
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jun 2021 06:04
Last Modified:02 Jun 2021 15:15

Repository Staff Only: item control page