Keterangan dokumen elektronik: proses pengumpulannya di peringkat pra perbicaraan dalam kes mal syariah di Malaysia

Mohamad Azhan Yahya, and Ahmad Azam Mohd Shariff, and Fatimah Yusro Hashim, (2021) Keterangan dokumen elektronik: proses pengumpulannya di peringkat pra perbicaraan dalam kes mal syariah di Malaysia. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 28 . pp. 67-77. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
324kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1378

Abstract

Keterangan dokumen elektronik sering kali dikemukakan dalam mana-mana perbicaraan mal dan jenayah syariah di Malaysia. Penulisan ini mengupas proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes mal syariah. Penulisan ini mensasarkan tiga objektif. Pertama, ianya menganalisis pengaplikasian peruntukan undang-undang syariah berkaitan proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes mal syariah di Malaysia. Kedua, ia turut mengenal pasti permasalahan semasa yang wujud. Ketiga, penulisan ini mencadangkan penyelesaian ke atas permasalahan yang telah dikenal pasti. Penulisan ini menggunakan pendekatan doktrinal. Semua data yang diperolehi dari bahan-bahan penulisan dan temubual berkaitan dianalisis secara kualitatif. Para penulis mendapati wujudnya kelompangan dalam proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik di peringkat pra perbicaraan dalam kes mal syariah. Tidak ada proses pengurusan kes yang seragam dalam mengendalikan keterangan dokumen elektronik sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah. Dalam masa yang sama, pengaplikasian prinsip kebolehterimaan berkenaan keterangan dokumen elektronik di bawah Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah didapati tidak begitu jelas. Kedua-dua situasi ini telah mengakibatkan ketidaktentuan dalam proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik’di peringkat pra perbicaraan. Akhirnya, penulisan ini mencadangkan agar proses pengurusan kes diperincikan serta prinsip kebolehterimaan berkaitan keterangan dokumen elektronik diperincikan serta diperjelaskan. Dengan demikian, proses pengumpulan keterangan dokumen elektronik dalam kes mal syariah akan menjadi lancar.

Item Type:Article
Keywords:Keterangan dokumen elektronik; Pengurusan kes; Keterangan Islam; Kes mal syariah; Pengumpulan; Kebolehterimaan; Pengaplikasian
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:16688
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jun 2021 06:19
Last Modified:02 Jun 2021 15:29

Repository Staff Only: item control page