Anne Jeffrey Kihob, and Saidatul Nornis Hj. Mahali, (2021) Kesalahan ejaan dalam karangan murid sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah. Jurnal Melayu, 20 (1). pp. 38-64. ISSN 1675-7513
|
PDF
604kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1390
Abstract
Penulisan karangan merupakan aktiviti pembelajaran bahasa Melayu yang wajib dikuasai oleh murid-murid di sekolah. Melalui penulisan karangan juga, kesalahan mekanika bahasa seperti ejaan sering dilakukan oleh murid sama ada mereka ialah penutur natif bahasa Melayu atau sebaliknya. Kajian ini bertujuan untuk meneliti jenis-jenis kesalahan ejaan yang dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Data diperoleh daripada 70 hasil karangan murid-murid tingkatan empat daripada tiga buah sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah. Semua karangan dianalisis menggunakan kaedah Analisis Kandungan. Berdasarkan dapatan kajian, jumlah kesalahan ejaan yang dilakukan oleh murid dalam karangan adalah sebanyak 511 data yang melibatkan kategori penambahan , penghilangan dan penggantian huruf dalam kata pinjaman, kata dasar dan kata terbitan. Selain itu, murid juga keliru akan pengejaan sesuatu perkataan yang perlu ditulis dekat atau ditulis terpisah. Seterusnya, aspek kesalahan ejaan lain yang didapati ialah penyingkatan perkataan serta ketidakpekaan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Tidak dapat dinafikan bahawa aspek ejaan berperanan penting untuk memastikan sesuatu mesej yang cuba disampaikan oleh penulis lebih bermakna dan mudah difahami. Kajian ini mencadangkan kepada pendidik dan murid agar peka akan sistem ejaan yang betul. Dengan demikian, murid dapat menghasilkan karangan yang lebih mudah dibaca, difahami dan berkesan untuk kelancaran pembacaan dalam menyampaikan komunikasi bentuk bertulis menggunakan ejaan bahasa Melayu yang standard.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bahasa Melayu; Ejaan; Jenis kesalahan; Karangan; Sekolah menengah |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 16694 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Jun 2021 00:58 |
Last Modified: | 04 Jun 2021 16:17 |
Repository Staff Only: item control page