Penemuan nilai-nilai Islam dalam cerita lisan Melayu: satu penelitian terhadap pendekatan karya dan khalayak

Muhammad Nur Al-Hakim Mohamad Hanafiah, and Mohd Firdaus Che Yaacob, (2021) Penemuan nilai-nilai Islam dalam cerita lisan Melayu: satu penelitian terhadap pendekatan karya dan khalayak. Jurnal Melayu, 20 (1). pp. 79-92. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
274kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1390

Abstract

Cerita lisan Melayu merupakan khazanah warisan milik masyarakat Melayu yang disampaikan secara lisan. Lantaran itu, cerita lisan Melayu akrab dengan amalan nilai-nilai Islam dalam kalangan masyarakat Melayu dan bertepatan dengan syariat Islam. Kini, kebanyakan masyarakat menggangap cerita lisan Melayu merupakan karya tidak memiliki ilmu pengetahuan, rekaan semata-mata, membosankan, membodohkan dan tidak memiliki nilai-nilai Islam yang dapat membentuk sahsiah dan akhlak kepada manusia. Oleh itu, pengkajian ini sewajarnya dijalankan untuk menangkis persepsi lemah masyarakat demi memastikan cerita lisan Melayu dapat dilihat sebagai karya yang bermutu dan perlu diperjuangkan dalam dunia akademik agar menjadi wadah ilmu kepada bangsa. Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai dalam cerita lisan Melayu. Lantas, Koleksi 366 Cerita Rakyat Malaysia. Teks diselenggara oleh Zainariah Abdul Wahab, Nur Syafiqa Yusof & Fatimah Abdul Nasir dan diterbitkan oleh Edukid Publication Sdn. Bhd pada tahun 2017 dijadikan sebagai bahan utama. Selain itu, pengapliksian pendekatan karya dan khalayak yang terkandung dalam Teori Takmilah digunakan sebagai deduktif kajian untuk memantapkan analisis dan dapatan kajian. Di samping itu, reka bentuk kajian ini ialah kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan teks. Justeru, kajian ini membuktikan kepada masyarakat mengenai penemuan nilai-nilai Islam dalam cerita rakyat lisan Melayu yang tujuan mendidik masyarakat Melayu menjadi lebih berakhlak dan berjiwa mulia.

Item Type:Article
Keywords:Akhlak; Cerita lisan Melayu; Masyarakat Melayu; Nilai-nilai Islam; Teori Takmilah
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:16696
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jun 2021 02:10
Last Modified:04 Jun 2021 16:21

Repository Staff Only: item control page