Jacqlyn Patricia Anak Jelani, and Salmah Jan Noor Muhammad, (2021) Keistimewaan dan kearifan tempatan masyarakat Melayu menggunakan buah-buahan dalam ilmu perubatan. Jurnal Melayu, 20 (1). pp. 93-108. ISSN 1675-7513
|
PDF
546kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1390
Abstract
Kajian ini mengenai ilmu perubatan Melayu yang merupakan warisan peninggalan nenek moyang dalam bidang kebudayaan. Oleh kerana, masyarakat Melayu juga dikenali sebagai masyarakat yang kaya dengan ilmu pengetahuan seperti kaedah pembuatan ubat, merawat, penyediaan bahan, pemerolehan ilmu dari pelbagai sehingga kepada penanaman tumbuh-tumbuhan bagi tujuan perubatan. Justeru, objektif kajian ini ialah mengenal pasti dan membincangkan keistimewaan dan kearifan tempatan tentang penggunaan buah-buahan dalam ilmu perubatan Melayu. Kajian ini akan menggunakan Antropologi Perubatan yang diperkenalkan oleh Hashim Awang A.R (1990) yang mempunyai tiga subbidang utama iaitu eknologi perubatan, etnopsikiatri dan etno perubatan sebagai pengukuhan kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat buah-buahan yang digunakan oleh masyarakat Melayu bagi membantu dalam mengubati penyakit dan ada juga menggunakannya untuk tujuan perniagaan. Selain itu, didapati bahawa buah limau nipis paling banyak digunakan merawat penyakit dalam Kitab Tib Muzium Terengganu. Buah-buahan ini sememangnya mudah diperoleh kerana ditanam di persekitaran perumahan. Penggunaan buah-buahan untuk tujuan pengubatan dalam teks ilmu perubatan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kepercayaan kepada animisme, adat dan budaya selain bentuk fizikal buah-buahan yang sering dikaitkan dengan alam semulajadi dan kehidupan manusia. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan kajian ini memberikan manfaat kepada pengkaji antropologi dan pengamal perubatan, untuk mendalami ilmu perubatan Melayu dengan mengkaji dan menggabungkan perubatan moden dan tradisional dalam bidang perubatan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Antropologi; Buah-buahan; Ilmu perubatan; Kitab Tib; Penyakit |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 16697 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Jun 2021 02:27 |
Last Modified: | 04 Jun 2021 16:23 |
Repository Staff Only: item control page