Inventori fonem dialek Melayu Tioman-Aur-Pemanggil di Salang

Norfazila Ab. Hamid, and Norhasliza Ramli, (2021) Inventori fonem dialek Melayu Tioman-Aur-Pemanggil di Salang. Jurnal Melayu, 20 (1). pp. 109-125. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
350kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1390

Abstract

Makalah ini membicarakan salah satu varian dialek Melayu Melayu Tioman-Aur-Pemanggil (DMTAP) yang terdapat di Pahang, iaitu varian Salang (VSLG). Dialek ini dikatakan sebagai dialek yang hampir pupus. Oleh itu, kajian ini secara umumnya ingin mengumpul data yang semakin hilang penggunaanya. Data yang dapat dikumpulkan ini dicerakinkan semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang DMTAP terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem dan penentuan varian dalam DMTAP. Oleh itu, objektif kajian dalam makalah ini adalah menentukan jumlah inventori fonem. Selain itu, kajian ini turut memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong dan analisis keberadaan alternasi dalam DMTAP VSLG ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa DMTAP VSLG mempunyai 8 fonem vokal, 2 diftong dan 18 fonem konsonan. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat merungkai segala permasalahan yang timbul dalam kajian-kajian yang lepas dan dapat memelihara jati diri warisan bangsa Melayu melalui bahasa.

Item Type:Article
Keywords:Fonem; Fonologi; Salang; Penyebaran; Struktural
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:16698
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jun 2021 02:41
Last Modified:04 Jun 2021 16:24

Repository Staff Only: item control page