Nurul Adila Zulkipli, and Sa’adiah Ma’alip, (2021) Pemilihan bahasa dalam kalangan pekerja asing di Taman Pelangi, Prai, Pulau Pinang. Jurnal Melayu, 20 (1). pp. 154-169. ISSN 1675-7513
|
PDF
419kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1390
Abstract
Malaysia merupakan negara yang sedang mengalami pertumbuhan ekonomi dan menyebabkan kedatangan pekerja asing ke negara ini meningkat. Kedatangan pekerja asing ini wujud sejak zaman penjajahan lagi. Kemasukan pekerja asing ke negara ini menyebabkan mereka perlu mempelajari bahasa dan budaya rakyat di sini. Bahasa yang merupakan alat komunikasi bagi manusia untuk menghubung antara satu sama lain. Bahasa Melayu yang juga bahasa kebangsaan bagi negara ini perlu difahami dan ditutur oleh pekerja asing agar mereka dapat berkomunikasi dengan penduduk setempat untuk melakukan aktiviti seharian. Oleh itu, kajian tentang pemilihan bahasa dalam kalangan pekerja asing ini dijalankan. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti pemilihan bahasa dalam kalangan pekerja asing dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa tersebut. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk menentukan kekerapan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pekerja asing mengikut domain. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan campuran kuanlitatif dan kuantitatif. Bagi pengumpulan data, borang soal selidik, temubual dan pemerhatian telah digunakan dalam kajian ini. 80 borang soal selidik telah diedarkan dan 8 orang informan dipilih dalam kalangan responden. Hasil kajian mendapati bahawa pekerja asing menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan mereka kecuali dalam domain keagamaan. Mereka lebih memilih untuk menggunakan bahasa ibunda mereka ketika melakukan aktiviti keagamaan. Kesimpulannya, kebanyakkan pekerja asing cenderung menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan mereka dan dipengaruhi dengan orang disekitar yang juga penutur bahasa Melayu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bahasa Melayu; Domain bahasa; Pekerja asing; Pemilihan bahasa; Sosiolinguistik |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 16701 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Jun 2021 03:04 |
Last Modified: | 04 Jun 2021 16:29 |
Repository Staff Only: item control page