Kebudayaan megalith di Semenanjung Malaysia dari perspektif sosiobudaya dan etnoarkeologi

Adnan Jusoh, and Yunus Sauman@Sabin, and Ruzairy Arbi, and Zuliskandar Ramli, (2018) Kebudayaan megalith di Semenanjung Malaysia dari perspektif sosiobudaya dan etnoarkeologi. Jurnal Arkeologi Malaysia, 31 (1). pp. 1-18. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Artikel ini menfokuskan tentang kebudayaan Megalith di Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Sembilan, Melaka dan Perak. Objektif penulisan ini bertujuan untuk membincangkan pandangan masyarakat berkaitan dengan kebudayaan Megalith dalam kalangan masyarakat tempatan khususnya daripada perspektif sosiobudaya dan etnoarkeologi. Dengan taburannya yang tidak menyeluruh di Semenanjung Malaysia kecuali di Negeri Sembilan dan Melaka, serta penemuan dalam jumlah yang kecil di Perak menyebabkan pengetahuan atau pemahaman masyarakat mengenai kebudayaan Megalith juga agak terbatas. Kajian ini menggunakan bahan bertulis di perpustakaan sama ada buku, jurnal atau kertas kerja seminar dan sebagainya. Di samping itu, kajian ini juga menggunakan kaedah etnoarkeologi seperti yang pada kebiasaannya seringkali digunakan oleh sarjana untuk mengkaji sosiobudaya dan kebudayaan Megalith. Hasil kajian mendapati wujud pelbagai perspektif masyarakat berkaitan dengan batu Megalith atau batu hidup. Antaranya ialah konsep batu hidup dikaitkan dengan andaian ia ada ‘roh’, seolah-olah ia hidup. Namun realitinya, konsep ‘batu hidup’ yang dimaksudkan adalah wujudnya pelbagai upacara ritual, sajian atau penyembahan, kepercayaan adanya kuasa luar biasa atau super natural, rasa penghormatan dan sebagainya yang melingkari kehidupan masyarakat pada masa tersebut. Fenomena ini secara tidak langsung telah menyebabkan tradisi batu Megalith atau batu hidup terus berkembang dalam kalangan masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Kebudayaan Megalith; Ritual; Super natural; Sosiobudaya
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:16704
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jun 2021 04:22
Last Modified:04 Jun 2021 16:41

Repository Staff Only: item control page