Analisis simetri rekaan corak kelarai anyaman tikar di alam Melayu

Ros Mahwati Ahmad Zakaria, and Mohd Rohaizat Abdul Wahab, and Mohammad Anis Abdul Samad, and Siti Norbaya Mat Yacob, (2018) Analisis simetri rekaan corak kelarai anyaman tikar di alam Melayu. Jurnal Arkeologi Malaysia, 31 (1). pp. 19-26. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
408kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Kertas ini mengetengahkan analisis simetri dalam rekaan corak kelarai pada anyaman tikar di alam Melayu. Kelarai merupakan satu daripada motif hiasan tempatan yang menggunakan konsep geometri. Rekaan ini sangat unik daripada segi penggunaan warna dan susunan. Kelarai digunakan sebagai hiasan anyaman bakul, tikar, tudung saji dan dinding rumah tradisional. Objek anyaman yang asas dianggap sebagai kosong tanpa kelarai. Rekaan corak kelarai pada anyaman tikar memerlukan kreativiti dan kemahiran matematik penganyam bagi memastikan rekaan yang konsisten. Oleh itu analisis simetri digunakan sebagai kaedah bagi melihat peranan simetri dalam membentuk rekaan corak kelarai. Terdapat sepuluh rekaan kelarai yang dipilih dan digunakan dalam analisis ini. Corak kelarai dibahagikan kepada empat kumpulan simetri iaitu, 45°, 90°, 180° dan 360°.

Item Type:Article
Keywords:Analisis simetri; Kelarai; Anyaman tikar; Alam Melayu
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:16705
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jun 2021 04:27
Last Modified:04 Jun 2021 16:43

Repository Staff Only: item control page