Kebudayaan Hoabinhian dan Neolitik di Gua Jaya, Hulu Kelantan

Nur Sarahah Mohd Supian, and Zuliskandar Ramli, and Azimah Hussin, (2018) Kebudayaan Hoabinhian dan Neolitik di Gua Jaya, Hulu Kelantan. Jurnal Arkeologi Malaysia, 31 (1). pp. 49-62. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Gua Jaya yang terletak di Gua Musang, Kelantan merupakan gua batu kapur yang dilihat berpotensi tinggi sebagai tapak hunian masyarakat prasejarah. Hal ini terbukti apabila penyelidikan awal dan percubaan ekskavasi telah dijalankan oleh Lamb dan Peacock pada tahun 1963. Hasil daripada percubaan ekskavasi tersebut, ia telah membawa kepada penemuan sebanyak 1500 serpihan tembikar sehingga Peacock merumuskan tapak tersebut sebagai lokasi pembuatan tembikar masyarakat kebudayaan Neolitik. Pada tahun 1993, Adi Haji Taha telah menjalankan tinjauan serta menemui beberapa serpihan tembikar di lantai gua tersebut. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, beliau juga melihat Gua Jaya sebagai sebuah tapak yang berpotensi tinggi sebagai tapak hunian masyarakat prasejarah. Pada tahun 2017 pula, pasukan penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) telah menjalankan ekskavasi arkeologi secara saintifik dan sistematik di tapak tersebut. Oleh itu, kertas kerja ini akan memberi penumpuan kepada penemuan artifak dan ekofak ketika penyelidikan dan ekskavasi arkeologi fasa pertama dijalankan di Gua Jaya oleh pasukan ATMA. Antara jumpaan artifak di gua tersebut adalah merangkumi alat litik iaitu tungku, alat penetak, dan alat repeh serta pecahan tembikar. manakala jumpaan ekofak pula adalah seperti tulang binatang dan siput.

Item Type:Article
Keywords:Prasejarah; Gua Jaya; Artifak; Ekofak; Alat litik; Tembikar
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:16708
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jun 2021 04:46
Last Modified:04 Jun 2021 17:04

Repository Staff Only: item control page