Penemuan terkini bukti kebudayaan megalitik dan pengebumian tempayan di Sabah

Yunus Sauman Sabin, and Adnan Jusoh, and Muhammad Termizi Hasni, and Zuliskandar Ramli, (2018) Penemuan terkini bukti kebudayaan megalitik dan pengebumian tempayan di Sabah. Jurnal Arkeologi Malaysia, 31 (2). pp. 1-16. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Kajian mengenai kebudayaan megalitik di Sabah telah pun dilakukan oleh beberapa pengkaji terdahulu seperti Tom dan Barbara Harrisson serta Peter R. Phelan. Kajian mereka tertumpu kepada tinggalan batu megalit di kawasan pantai barat dan pedalaman seperti di Penampang, Tambunan dan Keningau. Kesemuanya boleh dikategorikan sebagai kawasan kediaman masyarakat Kadazandusun yang sinonim dengan aktiviti pertanian padi sawah. Masih belum ada kajian terhadap tinggalan batu megalit yang terdapat di kawasan pergunungan yang sinonim dengan masyarakat Kadazandusun yang menanam padi bukit. Justeru itu, kajian ini akan membincangkan satu penemuan baharu mengenai tradisi megalitik di Kampung Bundu Gulu dalam daerah Tuaran, Sabah yang mewakili masyarakat Kadazandusun yang tinggal di kawasan pergunungan. Kajian ini penting untuk melihat sama ada terdapat perbezaan daripada segi bentuk, seni dan fungsi batu megalit dalam kalangan pengamalnya di Sabah. Memandangkan batu megalit tersebut ditemui bersama-sama dengan kubur tempayan maka pengkaji membincangkannya secara bersama dalam kajian ini. Untuk itu, pengkaji telah melakukan satu survei lapangan di samping temubual terhadap individu yang berautoriti di kawasan tersebut. Hasilnya pengkaji mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya 5 lokasi batu megalit dan 6 kubur tempayan ditemui di kawasan tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Megalitik; Pengebumian tempayan; Sabah
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:16709
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jun 2021 06:02
Last Modified:04 Jun 2021 17:10

Repository Staff Only: item control page