Pembaharuan dalam pentadbiran negeri Selangor sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Abdul Samad di Jugra, 1857-1898

Noorjannah Adam, and Adnan Jusoh, (2018) Pembaharuan dalam pentadbiran negeri Selangor sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Abdul Samad di Jugra, 1857-1898. Jurnal Arkeologi Malaysia, 31 (2). pp. 17-28. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
523kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Objektif makalah ini adalah untuk membincangkan pembaharuan dalam pentadbiran negeri Selangor sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Abdul Samad di Jugra. Nama Jugra menjadi masyhur dan berperanan penting sebagai pusat pertemuan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Samad. Jugra juga mencapai zaman moden di bawah pentadbiran baginda dengan terbinanya pelbagai infrastruktur seperti sekolah, pejabat daerah, penjara, pusat kesihatan dan sebagainya. Namun peranan Jugra sebagai bandar diraja semakin dilupakan setelah kemangkatan baginda. Kesan daripada keadaan tersebut sebahagian besar daripada monumen bersejarah yang terdapat dalam kawasan Jugra mengalami keuzuran. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan memberi penekanan kepada analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan Sultan Abdul Samad adalah seorang pemimpin yang bergiat aktif dalam pentadbiran dan menyumbang idea untuk kepentingan negeri Selangor khususnya di Jugra. Hal ini dibuktikan dengan tindakan baginda menerima campur tangan British dalam negeri Selangor, keputusan tersebut ternyata telah membawa perubahan besar dalam perkembangan infrastruktur di Jugra. Secara keseluruhannya kajian ini adalah penting untuk menonjolkan peranan yang diamainkan oleh Sultan Abdul Samad sepanjang menerajui pentadbiran Selangor dengan memberi tumpuan kepada Jugra. Kajian ini memberi sumbangan yang bermakna kepada perkembangan Jugra sebagai sebuah bandar bersejarah. Melalui kajian ini masyarakat tempatan akan lebih memahami peranan Almarhum Sultan Abdul Samad dalam sejarah kegemilangan Jugra.

Item Type:Article
Keywords:Sultan Abdul Samad; Tengku Kudin; Jugra; Residen British
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:16710
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jun 2021 06:08
Last Modified:04 Jun 2021 17:13

Repository Staff Only: item control page