Budaya material industri besi di Kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah

Naizatul Akma Mohd Mokhtar, and Mokhtar Saidin, (2018) Budaya material industri besi di Kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah. Jurnal Arkeologi Malaysia, 31 (2). pp. 29-39. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang budaya material yang terdapat di 17 tapak peleburan besi Sungai Batu, Lembah Bujang. Kajian budaya material terhadap tinggalan relau, kesan sisa pembakaran, sisa besi, bijih besi, pecahan tuyere, alat logam dan alat batu adalah penting untuk membuktikan kewujudan industri besi dalam skala yang besar telah berlangsung seawal tahun 535 Sebelum Masihi hingga kurun ke-15 Masihi di Kompleks Sungai Batu. Teknik peleburan besi yang dijalankan adalah secara langsung (bloomery) dengan suhu peleburan antara 1150°C - 1200°C bersama penggunaan bahan pemangkin ataupun fluks. Peleburan besi akan menghasilkan jongkong besi yang dikenali sebagai besi kembang (bloom) yang seterusnya akan didagangkan. Kekayaan sumber mentah bijih besi, tanah liat dan bahan bakar serta kedudukannya yang strategik merupakan faktor utama yang menyebabkan industri besi di Sungai Batu berterusan pada jangka masa yang lama. Penemuan 17 tapak peleburan besi yang kaya dengan budaya material telah membuktikan bahawa industri ini merupakan salah satu ekonomi penting masyarakat awal Lembah Bujang ketika itu.

Item Type:Article
Keywords:Industri besi; Tuyere; Sungai Batu; Lembah Bujang
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:16711
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jun 2021 06:13
Last Modified:04 Jun 2021 17:14

Repository Staff Only: item control page