Amalan pengebumian tajau dalam kebudayaan Megalitik di Sabah

Ratnah Wati Mohd Rapi, and Peter Molijol, (2018) Amalan pengebumian tajau dalam kebudayaan Megalitik di Sabah. Jurnal Arkeologi Malaysia, 31 (2). pp. 75-84. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
705kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Tajau atau tempayan merupakan budaya material yang amat bernilai pada masyarakat dahulu terutama semasa kebudayaan Megalitik diamalkan. Ia digunakan bukan sahaja sebagai tempat penyimpan makanan dan barang hantaran dalam perkahwinan tetapi juga dalam upacara pengebumian. Bukti penggunaan tajau dalam upacara pengebumian semasa kebudayaan megalitik telah ditemui di Kampung Pogunon melalui ekspedisi penyelamatan pada tahun 2000, 2007 dan 2008 oleh Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium Sabah. Kepercayaan ini dikatakan diamalkan oleh suku kaum Kadazandusun di kampung tersebut di mana tajau ini telah dijadikan sebagai bekas untuk menyimpan mayat dan barang-barang kiriman si mati. Penggunaan tajau dalam pengebumian ini telah dihubungkaitkan dengan kepercayaan bahawa tajau tersebut merupakan tempat tinggal dan keperluan bagi si mati di alam seterusnya. Upacara pengkebumian ini dikatakan melibatkan adat dan ritual yang diketuai oleh seseorang yang dikenali sebagai bobohizan oleh masyarakat Kadazandusun pada masa dahulu.

Item Type:Article
Keywords:Tradisi megalitik; Fungsi tajau dalam pengebumian; Adat dan ritual; Bobohizan
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:16715
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jun 2021 06:40
Last Modified:04 Jun 2021 17:22

Repository Staff Only: item control page