Tinjauan awal gelagat pengguna Malaysia terhadap isu penggunaan beg plastik

Syahirah Che Lah, and Norshamliza Chamhuri, (2021) Tinjauan awal gelagat pengguna Malaysia terhadap isu penggunaan beg plastik. AKADEMIKA, 91 (1). pp. 25-38. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
435kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1368

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memerhatikan respons semasa, perubahan gelagat pengguna sewaktu berbelanja dan keberkesanan kempen selepas hampir sedekad dikenakan caj beg plastik RM0.20 dijalankan di Malaysia. Data kajian daripada 122 responden diperolehi secara kuantitatif melalui borang soal selidik atas talian. Hasil kajian mendapati budaya membawa beg sendiri masih janggal dalam kalangan masyarakat Malaysia meskipun majoriti pengguna mengetahui kewujudan Kempen Bebas Plastik. Perubahan gelagat pengguna adalah rendah kerana 62.3% pengguna masih tidak membawa beg sendiri atas alasan terlupa. Sebanyak 57.3% pengguna pula masih sanggup membayar caj RM0.20 bagi mendapatkan beg plastik. Hasil kajian turut mendapati bahawa pengguna lebih memilih untuk bergantung kepada inisiatif peniaga seperti menyediakan beg kertas dan kotak untuk pembeli. Melalui kajian ini juga, didapati media massa merupakan platform utama dalam menyebarkan maklumat dan mewujudkan kesedaran tentang alam sekitar. Pengguna menyokong polisi yang lebih ketat dan kenaikan caj beg plastik bagi setiap pembelian.

Item Type:Article
Keywords:Beg plastik; Caj plastik; Gelagat pengguna; Isu alam sekitar; Kesedaran
Journal:AKADEMIKA
ID Code:16719
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jun 2021 01:31
Last Modified:08 Jun 2021 15:07

Repository Staff Only: item control page