Bunyi seakan-akan aspirasi dan berhembusan dalam fonologi bahasa Suhaid: analisis teori optimaliti

Chong, Shin (2021) Bunyi seakan-akan aspirasi dan berhembusan dalam fonologi bahasa Suhaid: analisis teori optimaliti. AKADEMIKA, 91 (1). pp. 39-53. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
770kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1368

Abstract

Bahasa Suhaid dituturkan di lembah Sungai Seberuang and Suhaid, Kalimantan Barat (Indonesia). Bahasa ini menyerlahkan keunikannya kerana mengandungi sistem bunyi K+h (konsonan+frikatif glotis), iaitu bunyi yang seakan-akan beraspirasi. Ciri bunyi ini terbentuk hasil pengguguran /ə/ pada suku kata awal. Oleh kerana r sepadan dengan /h/ dalam bahasa Suhaid, pengguguran /ə/ akan menghasilkan konsonan rangkap yang berbentuk K+h. Makalah ini membincangkan fenomena kewujudan bunyi yang seakan-akan beraspirasi ini dari perspektif fonologi Optimaliti. Objektif kajian ini ialah ingin menegaskan bahawa teori Optimaliti mampu memberi penjelasan yang memadai tentang kelainan output yang dijana oleh input berdwisuku dan trisuku. Kajian ini menemukan bahawa bagi input yang berdwisuku, pengguguran schwa akan mengapungkan mora, dan seterusnya dihubungkan ke vokal yang berhampiran untuk membentuk vokal panjang. Bagi input yang bertrisuku, diperhatikan bahawa mora sebaliknya dihubungkan ke bunyi konsonan dan membentuk konsonan panjang. Konsonan panjang ini seterusnya akan mengalami degeminasi, peleburan dan akhirnya menghasilkan bunyi berhembusan sebagai outputnya. Berdasarkan analisis, kekangan *GEM (konsonan panjang tidak dibenarkan) dan *ONSET KOMPLEKS (Setiap nodus suku kata tidak boleh dihubungkan dengan lebih dari satu K atau V) memainkan peranan penting dalam pembentukan ciri-ciri fonologi ini. Di bawah kekangan *GEM, kesemua calon yang mengandungi konsonan panjang akan tewas kerana kekangan ini berada di hieraki tertinggi. Kekangan *ONSET KOMPLEKS pula adalah kekangan yang khusus berperanan pada input bertrisuku untuk menjana output berdwisuku. Dengan kekangan ini (berserta dengan beberapa kekangan lain), calon-calon yang mengandungi bunyi /k+h/ akan disingkirkan dan mewajarkan calon yang dengan bunyi berhembusan muncul sebagai calon yang optimal.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Suhaid; Beraspirasi; Bunyi berhembusan; Teori optimaliti; Kekangan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:16720
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jun 2021 01:37
Last Modified:08 Jun 2021 15:08

Repository Staff Only: item control page