Satu analisis kosmologi cahaya dalam perspektif sufi dan sains barat

Wan Qashishah Akmal Wan Razali, and Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, and Shahidan Radiman, and Abdul Latif Samian, (2021) Satu analisis kosmologi cahaya dalam perspektif sufi dan sains barat. AKADEMIKA, 91 (1). pp. 55-66. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
394kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1368

Abstract

Kajian berkenaan asal-usul kosmos telah menjadi perhatian ramai sarjana Islam mahupun Barat di mana kedua-keduanya mengetengahkan aspek cahaya. Cahaya dianggap sebagai sifat asas dalam sejarah perkembangan kosmologi untuk menjelaskan kewujudan alam semesta. Walau bagaimanapun, muncul persoalan mengenai ontologi cahaya, sifat asasnya dan rahsia metafizik di sebalik fenomenanya. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis dan membina satu kerangka model baharu dalam menerangkan Teori Kesatuan Kewujudan Cahaya dalam memahami makrifat kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW dalam perspektif sufi, dan dibandingkan dengan perspektif sains Barat iaitu Teori Letupan Besar. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk grounded theory, kaedah tematik analisis dan pendekatan lataif Qur’aniyyah. Terdapat perbandingan yang signifikan antara kedua-dua kosmologi yang diketengahkan dalam model ini. Perbahasan konsep Cahaya Muhammad (Nūr Muhammad) yang mewakili kosmologi Sufi telah lama menyelesaikan persoalan asal-usul kosmos dalam kesepakatan ilmu akidah dan tasawuf. Manakala kosmologi Barat masih menemui jalan buntu dan keliru dalam memahami asal-usul atau primordium alam dengan menggunakan rumus sains dan aksiom yang sesuai dengan logik akal tanpa melihat apek keTuhanan. Dalam kajian ini, satu model perbandingan holistik antara konsep Nūr Muhammad dan Teori Letupan Besar telah diharmonikan dan dirangka dalam memahami lima fasa peringkat kewujudan alam semesta menerusi perspektif kosmologi cahaya. Dengan itu, kajian ini memberi perspektif baharu dalam memahami peringkat kewujudan makhluk.

Item Type:Article
Keywords:Kosmologi; Cahaya; Alam semesta; Konsep Nūr Muhammad; Teori letupan besar
Journal:AKADEMIKA
ID Code:16721
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jun 2021 01:44
Last Modified:08 Jun 2021 15:09

Repository Staff Only: item control page