Sentimen kepartian dan personaliti pemimpin pada Pilihan Raya Umum 2018: kajian di kawasan DUN Chempaka, Kelantan

Junaidi Awang Besar, (2021) Sentimen kepartian dan personaliti pemimpin pada Pilihan Raya Umum 2018: kajian di kawasan DUN Chempaka, Kelantan. AKADEMIKA, 91 (1). pp. 81-96. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1368

Abstract

Dalam sesebuah pilihan raya, pengundi merupakan satu komponen yang penting. Pengundi akan mengundi dalam pilihan raya sama ada berdasarkan sentimen kepartian ataupun personaliti pemimpin. Justeru itu, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk mengkaji pengaruh sentimen kepartian dan personaliti pemimpin terhadap pilihan politik pengundi di kawasan DUN Chempaka, Kelantan. Bagi mencapai objektif kajian, dua kaedah kajian telah digunakan iaitu soal selidik terhadap 377 orang responden berdasarkan lokasi geografi iaitu bandar dan luar bandar di kawasan kajian; dan rujukan terhadap sumber sekunder yang berkaitan. Seterusnya, data daripada borang soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS dan ditunjukkan dalam bentuk jadual dan penulisan hasil kajian ini dikukuhkan dengan sumber sekunder yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa responden di kawasan kajian mengutamakan kriteria politik yang mempunyai calon yang mengutamakan rakyat, mampu menjana pembangunan rakyat dan membasmi kemiskinan dan adil kepada semua pihak. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa ciri personaliti pemimpin yang diinginkan oleh responden di kawasan kajian ialah bersikap jujur dan amanah terhadap tanggungjawab yang diberikan, bersih daripada rasuah dan pemimpin yang mengutamakan kebajikan rakyat. Justeru, dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai bahan rujukan umum atau panduan kepada semua pihak terutamanya parti politik dan pihak kerajaan untuk meneliti isu dan permasalahan yang berlaku di kawasan kajian agar pihak yang terlibat lebih peka dalam memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat sebaik mungkin.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan raya; Pengundi; Sentimen kepartian; Personaliti pemimpin; Sumber maklumat
Journal:AKADEMIKA
ID Code:16723
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jun 2021 02:03
Last Modified:08 Jun 2021 15:13

Repository Staff Only: item control page